Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Kuantan -23 Jun 2008. Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12 melibatkan lebih 1,000 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara berlangsung di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkhemahan-kor-kadet-polis-peringkat-kebangsaan-ke-12
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:56 MYT

Kuantan - 23 Jun 2008. Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12 melibatkan lebih 1,000 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara berlangsung di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang dari 22 hingga 28 Jun 2008.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mewakili YDH Tan Sri Dato’ Seri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara.

"Dengan menyertai Kor Kadet Polis, ianya mampu meningkatkan disiplin dan menanam sikap cintakan negara kepada golongan remaja untuk menjadi insan yang berintegriti dan berguna kepada negara".

"Para remaja hendaklah bertekad daripada melakukan sebarang kesalahan jenayah, dadah dan kesalahan trafik kerana negara meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka agar mereka menjadi insan yang mematuhi undang-undang, bertatasusila dan beradab".

Kata YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM ketika berucap mewakili YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan Ketua Polis Negara. Turut hadir ialah Encik Abdul Aziz Abdul Latif Pengarah Pelajaran Negeri Pahang dan YDH Dato' Robiah Abdul Ghani Timbalan Ketua Polis Pahang.

Tambah YDH Dato' Abdul Razak, gejala sosial yang dilakukan oleh para remaja hanya dapat dibendung sepenuhnya jika mereka sendiri berusaha menghindari kegiatan negatif itu.

"Para remaja yang menyertai Kor Kadet Polis ini juga berperanan membantu pihak polis memberikan penerangan kepada rakan sebaya dan masyarakat agar sentiasa mematuhi undang-undang dan memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam usaha mencegah jenayah", ujar YDH Dato' Abdul Razak sambil menasihati para peserta yang menyertai perkhemahan itu mengajak rakan-rakan mereka menyertai kegiatan Kor Kadet Polis.

Terdahulu dalam ucapan aluan, Encik Abdul Aziz Abdul Latif, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, berkata pasukan Kor Kadet Polis bertepatan dengan teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang mahu membina modal insan yang cemerlang melalui segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang terancang.

"Melalui penyertaan para pelajar dalam Kor Kadet Polis ini dapat mengeratkan hubungan antara pihak polis, guru dan para pelajar sendiri dalam usaha melahirkan modal insan yang celik budaya dan mematuhi undang-undang negara", kata Abdul Aziz Abdul Latif sambil mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pahang yang bertungkus lumus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang menjayakan perkhemahan tersebut.

Sehingga kini terdapat 1784 platun Kor Kadet Polis dengan dianggotai seramai 88,690 pelajar sekolah di seluruh negara.

Pada majlis perasmian itu, YDH Dato' Abdul Razak telah sudi bergambar kenangan bersama setiap Kontinjen Kor Kadet Polis dan melakukan lawatan ke tapak perkhemahan.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12
YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM (tengah) bersama tetamu kehormat di Pentas Utama.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12
YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM memeriksa barisan Kawalan Kehormatan Kor Kadet Polis.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12
Penghargaan ..... Pengarah Pendidikan Negeri Pahang (kanan) menyampaikan cenderamata kepada YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12
YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM meneliti 'kad' keahlian perkhemahan ketika melakukan lawatan ke kontinjen.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12
YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM melakukan lawatan ke tapak perkhemahan.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12
Para pegawai kanan polis bergambar bersama YDH Dato' Robiah Abdul Ghani Timbalan Ketua Polis Pahang.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke 12
Kenangan ...... Platun Kor Kadet Kontinjen Pahang bergambar kenangan bersama YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM (tengah).

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM