Perkhemahan Kor Kadet Polis Mrsm Se Malaysia Ke 6
Kulim - 28 Oktober 2009 - Perkhemahan Kor Kadet Polis Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Se-Malaysia Ke 6, telah berlangsung pada 24 hinnga 28 Oktober 2009 di Kem Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah.
Perkhemahan sulung pada tahun 2004 itu, menjadi program tahunan dengan melibatkan semua ahli Kor Kadet Polis MRSM dari seluruh negara. Pada tahun ini seramai 1400 ahli mengambil bahagian di dalam pelbagai acara yang dipertandingankan.
"Dengan tema 'Cergas, Cerdas dan Cemerlang' bermatlamat untuk melahirkan para pelajar yang cerdas dan pintar. Di samping itu dapat memupuk semangat setiakawan, patriotik dan berdisiplin dengan harapan pelajar yang dianggap sebagai aset negara ini, benar-benar berkualiti dan realiti", kata YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di majlis penutupan perkhemahan itu yang turut dihadiri oleh YDH Dato' Murtadza Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM dan Ahmad Rakhli Hassan, Pengarah MARA Negeri Kedah.
Menurut YDH Dato' Abdul Razak, melalui perkhemahan yang diadakan akan dapat melahirkan seseorang yang berintegriti tinggi, bukan sahaja dapat merancang kehidupan masa depan, tetapi berupaya mencorak masa depan nusa dan bangsa.
"Saya berharap melalui aktiviti yang diadakan, semua ahli hendaklah mengambil peluang sebaiknya untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, lebih cergas dan berdisiplin", ujar YDH Dato' Abddul Razak dengan harapan melalui aktiviti yang diadakan mampu membentuk jati diri para pelajar untuk bersama-sama menjayakan misi dan visi negara.
Kontinjen
Kor Kadet Polis MRSM Polis Diraja Malaysia, Kulim, Kedah diisytihar
sebagai Juara Keseluruhan, Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia
Ke 6 Tahun 2009.
YDH
Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, dengan
diiringi Ahmad Rakhli Hassan, Pengarah MARA Negeri Kedah beramah mesra
dengan ahli-ahli Kor Kadet Polis yang mengambil bahagian di Perkhemahan
Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia Ke 6.
Pertandingan
kebudayaan….. di antara acara yang dipertandingkan bagi melahirkan
seorang insan yang mempunyai jati diri yang mantap dan berintegriti
tinggi.
YDH Dato' Murtadza Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, menyampaikan 'plak' kepada peserta yang berjaya.
Kontinjen Kor Kadet Polis MRSM Kulim bergambar kenangan selepas diisytiharkan sebagai Juara Keseluruhan.