Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkep Tunjang Pdrm

Diterbitkan: 06 Apr 2015 1.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Memetik bidalan, ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’ dan ‘di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya,’ jelas menunjukkan kedudukan serta peranan besar yang dimainkan kaum Hawa dalam membangun keluarga serta masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-tunjang-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:01 MYT

Memetik bidalan, ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’ dan ‘di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya,’ jelas menunjukkan kedudukan serta peranan besar yang dimainkan kaum Hawa dalam membangun keluarga serta masyarakat.

Sebagai isteri, wanita adalah teman rapat, penyokong, penasihat, pengurusa dan pembantu kepada suami. Sebagai ibu, wanita berperanan mengasuh, mendidik dan menanam nilai murni dalam jiwa anak sejakmasih kecil supaya mereka membesar menjadi manusia berguna. Masyarakat yang mempunyai wanita yang terdidik, beriman dan jelas peranannya adalah masyarakat yang berjaya. Maka lahirlah kata-kata hikmah, ‘ apabila baik wanitanya, baiklah seluruh masyarakat ; apabila rosak wanitanya, rosaklah seluruh masyarakat.’

Atas dasar inilah, saya ingin menzahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada semua kaum isteri di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan suami di dalam pasukan.

SUMBER : HARIAN METRO

Perkep Tunjang Pdrm
ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2015 1.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM