
Article
Perkep Selangor Ringankan Beban Warga Pdrm Dan Mangsa Banjir
Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Selangor yang diketuai oleh Datin Baidzura Su merangkap Pengerusi PERKEP kontinjen telah menyampaikan sumbangan berupa barang...
Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Selangor yang diketuai oleh Datin Baidzura Su merangkap Pengerusi PERKEP kontinjen telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas bagi meringankan beban warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat yang terjejas dengan banjir.
Sumbangan tersebut dilakukan di tiga lokasi berasingan iaitu Pangkalan Polis Marin Pulau Indah, Balai Polis Batu 9, Kajang dan Dewan Orang Ramai Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada semalam.
PERKEP Selangor akan meneruskan program sebegini dalam membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja kepada keluarga PDRM malah kepada masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara ketika ini sehinggalah keadaan kembali pulih seperti sediakala.