Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkep S Got Talent Pamer Bakat Nyanyian Keluarga Polis

Published: 08 Feb 2018 2.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 3 Februari 2018 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) "Got Talent" anjuran Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung dengan meriahnya semalam di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memperlihatkan bakat-bakat baru PDRM dalam bidang nyanyian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-s-got-talent-pamer-bakat-nyanyian-keluarga-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:14 MYT

Kuala Lumpur, 3 Februari 2018 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) "Got Talent" anjuran Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung dengan meriahnya semalam di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memperlihatkan bakat-bakat baru PDRM dalam bidang nyanyian. 

Pertandingan julung kali ini telah disertai seramai 62 orang peserta dari lima buah Kontinjen iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dan Maktab PDRM Kuala Lumpur. 

Seramai 17 peserta berentap  dalam pusingan akhir dan mempersembahkan lagu pilihan mereka, namun lagu bertajuk 'Madah Berhelah' yang dipersembahkan oleh Inspektor Nurazida Nathnin dari Kontinjen Selangor dan lagu 'Aku Yang Tersakiti' nyanyian duet, Sarjan Maulie Mangun bersama Koperal Nur Hazlina Mat Ali dari Kontinjen Bukit Aman telah berjaya menawan hati para juri.

Pengurusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Noorfajariah Abd Rahman yang hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Perasmian "PERKEP’S Got Talent" memuji kesungguhan dan keberanian para peserta dalam mempamerkan bakat masing-masing.

“Program seperti ini diilhamkan bertujuan untuk mencungkil dan memperlihatkan bakat-bakat seni yang ada di kalangan warga PERKEP, Jabatan Pengurusan dan warga Jabatan Pengurusan amnya,” ujar beliau.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Komandan Maktab PDRM, Dato’ Yong Lei Choo, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Hajah Fatimah Abd. Hamid, Ketua Biro Seni dan Budaya PERKEP Jabatan Pengurusan, ACP Alina Saad, pegawai- pegawai kanan serta anggota PDRM.

0S4A3919
“Madah Berhelah” yang dipersembahkan oleh Inspektor Nurazida Nathnin dari Kontinjen Selangor.

0S4A3805
Sarjan Maulie Mangun bersama Koperal Nur Hazlina Mat Ali dari Kontinjen Bukit Aman mempersembahkan lagu “Aku Yang Tersakiti”.

0S4A3604
Sekitar ketibaan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Noorfajariah Abd Rahman.

0S4A3597
Sekitar ketibaan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Noorfajariah Abd Rahman.

0S4A3618
Sekitar ketibaan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Noorfajariah Abd Rahman.

0S4A3625
Bergambar kenangan.

0S4A3642
Barisan juri.

0S4A3841
Persembahan selingan sementara menunggu keputusan para juri.
ArticlePublished 08 Feb 2018 2.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM