Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebagai penghargaan dan penghayatan kepada bulan Ramadhan al-Mubarak tahun ini, Persatuan Keluarga-keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan lawatan amal dan penyerahan bungkusan makanan dan k..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-malaysia-sempurnakan-pengisian-penghayatan-bulan-ramadhan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:14 MYT

Kuala Lumpur , 11 Ogos - Sebagai penghargaan dan penghayatan kepada bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini, Persatuan Keluarga-keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan lawatan amal dan penyerahan bungkusan makanan dan kuih raya kepada warga PDRM dan anggota keluarga  mereka  yang terlantar di hospital atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. 

Y.Bhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, telah berbesar hati mengetuai rombongan lawatan ini dan turut disertai isteri Pengarah-pengarah PDRM dan Ahli-ahli Jawatankuasa PERKEP Malaysia. 

 
Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Tawakal telah menjadi lokasi lawatan rombongan ini seawal jam 9 pagi lagi dan selesai sekitar jam 1 petang. 
 
Meskipun dalam cuaca panas yang agak terik dan lokasi wad pesakit yang agak jauh antara satu sama lain, ini tidak menjejaskan kelancaran lawatan amal PERKEP Malaysia ini dan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri kelihatan begitu mesra dan prihatin terhadap pesakit-pesakit tersebut. 
 
Keprihatinnya terserlah apabila melawat adik Nur Aina Mussirah, 5 tahun, anak kepada Puan Zaini binti Kamaruddin, kakitangan awam PDRM yang bertugas di Balai Polis Ketengah Jaya, Dungun Terenggganu yang menghidap masalah usus di Wad Pediatrik HKL di mana isteri YDH Ketua Polis Negara itu kelihatan sibuk melayani kerenah kanak-kanak tersebut dan mengucupnya berulang kali. 
 
Begitu juga semasa melawat adik Siti Nuralya, 8 tahun, anak kepada L/Kpl Yusri bin Yaacob yang bertugas di Batalion 2 PGA Kulim yang akan melalui pembedahan sum-sum tulang, beliau turut melayaninya berbual-bual dan memberi kata-kata perangsang kepada kanak-kanak tersebut. 
 
Turut serta dalam dalam rombongan ini, YDH SAC Dato' Zaleha bt Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) yang juga merangkap Setiausaha PERKEP Malaysia, Supt Azizi bin Mat Aris, Pegawai Kebajikan Pasukan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan 
Ketibaan Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia di perkarangan HKL.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan 
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia melawat warga PDRM yang menerima rawatan di wad.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri, menyampaikan sumbangan makanan dan kuih raya semasa lawatan amal.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri, melawat adik Muhd Aiman...anak kepada KPL Abd Rahim bin Ahmad dari Cawangan Mahkamah IPD Kota Setar Kedah.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri sempat meluangkan masa mendengar luahan hati pesakit.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Para tetamu Kehormat bertanyakan khabar kepada Hasnah binti Idris, isteri kepada L/Kpl Hashim bin Borhan dari Cawangan komunikasi IPK Melaka. 

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Setiausaha PERKEP Malaysia turut beramah mesra dengan pesakit.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
TERHARU......Seorang pesara polis tidak menyangka dilawati isteri Ketua Polis Negara.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
KATA - KATA PERANGSANG..Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri memberi kata - kata semangat kepada pesakit.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
PRIHATIN..Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri juga sempat meluangkan masa bermesra bersama pesakit kanak-kanak di wad.

Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
 Sesi bergambar kenangan bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati.

Wartawan        :        L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto          :        L/Kpl Helmi
Penyunting      :        Insp Md Aruwan bin Amilah

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM