Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkep Malaysia Kolaborasi Bersama Hawa Malaysia Anjur Majlis Nur Mahabbah Ahlan Ramadan

Diterbitkan: 25 Feb 2024 7.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 25 Februari 2024 - Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia bersama Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Malaysia telah menganjurkan program kerohanian bertemakan Nur Mahabbah Ahlan Ramadan yang diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-malaysia-kolaborasi-bersama-hawa-malaysia-anjur-majlis-nur-mahabbah-ahlan-ramadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:14 MYT
Kuala Lumpur, 25 Februari 2024 - Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia bersama Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Malaysia telah menganjurkan program kerohanian bertemakan Nur Mahabbah Ahlan Ramadan yang diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman, di sini pagi tadi.

Program tersebut dimeriahkan dengan kehadiran isteri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datin Seri Hajah Hamidah Khamis yang diiringi oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datin Sri Norliah Othman mewakili Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman bersama Pengerusi HAWA Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Kolaborasi PERKEP dan HAWA Malaysia yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan menggalakkan para wanita terlibat secara langsung dalam program-program permuafakatan seterusnya dapat memupuk silaturrahim selain menambah pengisian ilmu ke arah persiapan menuju Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Datin Sri Norliah yang juga Ketua Biro Agama PERKEP Malaysia dalam ucapannya berkata, ia merupakan titik permulaan kolaborasi bersama HAWA Malaysia bertepatan dengan objektif PERKEP iaitu mengadakan jaringan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan wanita yang berdaftar serta berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Terdahulu, majlis tadi turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh kumpulan Nismah, Majlis Burdah Nur Nabawiy dari Singapura.

Hadir sama, Pengerusi Institu tengku Institut Tengku Ampuan Afzan (INTAZ), Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Dr. Hajah Meriam binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sharifah Rodziah Syed Agil, Pengerusi PERKEP Jabatan Logistik dan Teknologi, Datin Seri Nor Aidila Abdul Majid dan ahli-ahli PERKEP serta HAWA Malaysia.

Jurugambar: Sarjan Syir Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

 
 
ArtikelDiterbitkan 25 Feb 2024 7.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM