Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkep Malaysia Anjur Solat Sunat Tasbih Di Masjid Bukit Aman

Published: 20 Mar 2024 7.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 20 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia memuliakan bulan Ramadan dengan menganjurkan program Solat Sunat Tasbih yang diadakan di Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-malaysia-anjur-solat-sunat-tasbih-di-masjid-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT
Kuala Lumpur, 20 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia memuliakan bulan Ramadan dengan menganjurkan program Solat Sunat Tasbih yang diadakan di Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Turut sama-sama menjayakan program berkenaan adalah Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman bersama SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin merangkap Naib Pengerusi PERKEP.

Antara pengisian kerohanian dalam majlis tersebut adalah menunaikan solat sunat Dhuha, solat sunat Tasbih dan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Ustazah Nurhidayah Kamarudin bertajuk ‘Mencari Lailatul Qadar’.

Puan Sri Zainah yang mewakili seluruh ahli PERKEP turut menyampaikan cenderahati kepada penceramah yang sangat berkaliber dalam menyampaikan ceramahnya yang mana ia telah menjentik hati setiap mereka yang hadir supaya berbuat kebaikan di dalam bulan Ramadan ini.

Hadir sama, barisan Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM, barisan Ketua Biro PERKEP dan ahli-ahli PERKEP.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 5 people and headscarf

May be an image of 4 people, headscarf and text

May be an image of 4 people and headscarf

May be an image of 6 people, headscarf and dais

May be an image of 3 people, headscarf and text

​
ArticlePublished 20 Mar 2024 7.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM