Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkembangan Terkini Misi Pencarian Oleh Cjiatf

Published: 23 Apr 2015 10.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Donetsk, 23 April – Misi pencarian saki baki tulang mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan mengumpul barangan peribadi telah masuk hari ke-8 di kawasan lokasi nahas, hari ini. Menurut Komander Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), ACP Hussein Omar Khan, seramai 25 orang pakar yang terdiri daripada 13 orang dari tenaga sekuriti, 12 orang dari forensik yang mana empat daripadanya adalah pakar fo
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkembangan-terkini-misi-pencarian-oleh-cjiatf
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:03 MYT

Donetsk, 23 April – Misi pencarian saki baki tulang mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan mengumpul barangan peribadi telah masuk hari ke-8 di kawasan lokasi nahas, hari ini.

Menurut Komander Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), ACP Hussein Omar Khan, seramai 25 orang pakar yang terdiri daripada 13 orang dari tenaga sekuriti, 12 orang dari forensik yang mana empat daripadanya adalah pakar forensik dari PDRM memfokuskan pencarian di Hrabove iaitu lokasi utama berlakunya nahas.

“Hasil pencarian kali ini telah menjumpai sebanyak 2,500 saki baki tulang manusia termasuk tulang tangan dan kaki, serpihan tulang tempurung kepala dan serpihan tulang belakang serta tulang rusuk di lokasi nahas.

“Selain itu kami turut menemui sebanyak 50 barangan peribadi mangsa termasuk pasport Malaysia, buku log penerbangan, lesen penerbangan juruterbang, cincin, kasut, serpihan pakaian mangsa serta 12 karung besar serpihan bangkai kapal terbang,” tambah beliau lagi.

ACP Hussein berkata pasukannya menghadapi beberapa halangan sepanjang proses pencarian dijalankan antaranya bunyi tembakan kereta kebal dan ‘machine gun’ dalam jarak berdekatan dengan tempat pencarian dan tempat penginapan selain keadaan cuaca yang agak sejuk.

“Walau bagaimanapun, para petugas masih bersemangat untuk meneruskan misi pencarian,” katanya lagi.

Misi pencarian akan diteruskan sehingga 28 April dan kesemua hasil pencarian seterusnya akan dihantar ke Holland pada 2 Mei dalam satu majlis rasmi di Kharkiv.


Perkembangan Terkini Misi Pencarian Oleh Cjiatf


Perkembangan Terkini Misi Pencarian Oleh Cjiatf

Perkembangan Terkini Misi Pencarian Oleh Cjiatf

Perkembangan Terkini Misi Pencarian Oleh Cjiatf

Perkembangan Terkini Misi Pencarian Oleh Cjiatf

Perkembangan Terkini Misi Pencarian Oleh Cjiatf

Perkembangan Terkini Misi Pencarian Oleh Cjiatf

Perkembangan Terkini Misi Pencarian Oleh Cjiatf

ArticlePublished 23 Apr 2015 10.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM