Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perjumpaan Ydh Sac Dato Zaleha Binti Abdul Rahman Bersama Ketua Editor Sin Chew Daily

Published: 10 Jun 2014 5.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu pertemuan diantara YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) bersama Encik Kuik Cheng Kang, Ketua Editor Sin Chew Daily telah diadakan di tingkat 1, Sin ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perjumpaan-ydh-sac-dato-zaleha-binti-abdul-rahman-bersama-ketua-editor-sin-chew-daily
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:18 MYT
Petaling Jaya - 14 Oktober 2010. Satu pertemuan diantara YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) bersama Encik Kuik Cheng Kang, Ketua Editor Sin Chew Daily telah diadakan di tingkat 1, Sin Chew Media Corporation Berhad, Petaling Jaya pagi ini. Turut hadir dalam pertemuan tersebut, YDH Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam dan YDH DSP Lai Lee Ching, Penyelidik/Perancang/Analisa dan Rekod Perhubungan Awam.

Pembukaan pertemuan pagi ini dimulakan dengan ucapan terima kasih dan penghargaan oleh YDH Timbalan Pengarah Pengurusan kepada Encik Kuik Cheng Kang di atas masa dan ruang yang diberikan pada pagi ini. Beliau juga berterima kasih di atas segala sokongan dan komitmen yang diberikan kepada PDRM selama beberapa tahun ini. Beliau juga berharap agar segala sokongan yang diberikan akan berterusan.

Sin Chew Daily merupakan sebuah syarikat akhbar berbahasa cina yang terkenal di kalangan masyarakat cina di Malaysia. Dengan adanya kerjasama di antara PDRM dan Sin Chew Daily, komuniti masyarakat cina akan dapat memahami lebih dalam tentang prosedur polis dan seterusnya dapat berkerjasama dengan pihak polis untuk memerangi jenayah. Beliau membawa harapan agar melalui Sin Chew Daily ini dapat memperjelaskan semua persepsi samar orang awam terhadap polis dan segala salahfaham di kalangan masyarakat cina dapat dileraikan, adalah antara isi pertemuan pada pagi ini.

Kesempatan pagi ini, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman turut menyampaikan rasa penghargaan kepada wartawan senior seperti Hai Poh dan wartawan yang lain kerana banyak membantu polis di dalam banyak cara. Beliau juga amat mengalu-alukan idea, komen dan cadangan daripada pihak Sin Chew Daily untuk memperbaiki lagi imej polis di kalangan masyarakat cina. Beliau juga memaklumkan kepada Encik Kuik Cheng Kang, Ketua Editor Sin Chew Daily di atas pertimbangan untuk membenarkan pautan berita online pihak Sin Chew Daily ke dalam Laman Web PDRM serta Facebook PDRM.

Perjumpaan Ydh Sac Dato Zaleha Binti Abdul Rahman Bersama Ketua Editor Sin Chew Daily
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman membelek lembaran akhbar Sin Chew Daily bersama Encik Kuik Cheng Kang, Ketua Editor Sin Chew Daily

Perjumpaan Ydh Sac Dato Zaleha Binti Abdul Rahman Bersama Ketua Editor Sin Chew Daily
YDH Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam bersama beberapa wartawan Sin Chew Daily.

Perjumpaan Ydh Sac Dato Zaleha Binti Abdul Rahman Bersama Ketua Editor Sin Chew Daily
Beramah-mesra bersama salah seorang wartawan.

Perjumpaan Ydh Sac Dato Zaleha Binti Abdul Rahman Bersama Ketua Editor Sin Chew Daily
Bergambar kenangan bersama YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman.
ArticlePublished 10 Jun 2014 5.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM