Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perjumpaan Polis Dengan Wakil Kaum Penan Berhubung Isu Empangan Murum

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 21 Nov - Atas dasar prihatin dan mendapatkan pandangan yang lebih jelas berhubung insiden yang berlaku, Bahagian Urusetia KPN (Komunikasi Korporat) menerima kunjungan daripada wakil-wakil ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perjumpaan-polis-dengan-wakil-kaum-penan-berhubung-isu-empangan-murum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:00 MYT
Bukit Aman, 21 Nov - Atas dasar prihatin dan mendapatkan pandangan yang lebih jelas berhubung insiden yang berlaku, Bahagian Urusetia KPN (Komunikasi Korporat) menerima kunjungan daripada wakil-wakil penduduk kaum Penan berhubung dakwaan campur tangan pihak polis terhadap protes yang diadakan oleh penduduk kampung bagi projek pembinaan empangan hidroelektrik Murum, di sini, petang semalam.

Rombongan dari Belaga, Sarawak itu diketuai oleh Penasihat Undang-undang, Abun Sui Anyit serta wakil-wakil penduduk yang terdiri daripada Ketua Kampung Long Menapa, Lien Bueh, Ahli Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Long Luar, Gereng Jadung dan Senang Kalang serta Ahli JKKK Long Singu, Ngang Buling. 

Dipengerusikan oleh Supt Perhubungan Awam, Supt Lai Lee Ching, sesi perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh beberapa pegawai kanan polis.

Hasil daripada perbincangan hampir sejam itu, kedua-dua pihak bersetuju bahawa semasa insiden berlaku (protes), pihak polis telah menjalankan tugas berpandukan prosedur kerja (SOP) yang betul bagi tujuan mengekalkan ketenteraman awam dan menjamin keselamatan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Memandangkan wakil-wakil penduduk masih belum membuat rundingan dengan kerajaan negeri Sarawak dan pihak pemaju, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu pembinaan empangan tersebut.

Berhubung tangkapan beberapa orang penduduk atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam pada 7 November lalu, Supt Lai menjelaskan bahawa tindakan polis adalah mengikut peruntukan undang-undang dan pertuduhan ke mahkamah juga merupakan prosedur yang perlu ditepati oleh semua pihak. Perkara tersebut dipersetujui oleh penasihat undang-undang mereka, Abun Sui.

Abun Sui juga mengakui bahawa gambar pegawai polis yang membuat tembakan ke udara adalah merupakan tembakan amaran yang bertujuan menjaga dan mengawal situasi keselamatan pada ketika itu.

Sehubungan itu, Supt Lai memohon supaya mana-mana pihak tidak menyebar dan memanjangkan berita-berita yang tidak munasabah mengenai tindakan polis ketika menjalankan tugas menjaga keamanan di kawasan tersebut, ke mana-mana peringkat.

Bagi sebarang aduan salah laku, wakil-wakil penduduk dinasihatkan untuk membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan dapat diambil terhadap mana-mana anggota polis yang terlibat.

Perjumpaan Polis Dengan Wakil Kaum Penan Berhubung Isu Empangan Murum
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM