Perjumpaan Antara Ketua Polis Malaysia Dan Thailand
Wartawan & jurufoto : L/Kpl Mohd Helmi Saadin & L/Kpl Raymond Martin
BUKIT AMAN, 10 JANUARI
- YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara
telah menerima satu kunjungan hormat daripada Pol. Gen. Adul
Sangsingkeo, Commissioner General Royal Thai Police ke Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman, pagi ini.
Ketibaan
beliau telah disambut oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj
Omar, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara serta pucuk-pucuk pimpinan tertinggi PDRM
dalam satu kawad kawalan kehormatan.
Selesai upacara pemeriksaan baris, beliau seterusnya bergerak ke bilik mesyuarat di tingkat 31 Menara 1 Bukit Aman.

Pol. Gen. Adul Sangsingkeo, Commissioner General Royal Thai Police memeriksa baris.

Barisan pucuk-pucuk pimpinan tertinggi PDRM.

Bergambar kenangan.

YDH
Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar menyampaikan cenderamata
kepada Pol. Gen. Adul Sangsingkeo, Commissioner General Royal Thai
Police.

Pol. Gen. Adul Sangsingkeo, Commissioner General Royal Thai Police menandatangani buku lawatan sebelum meninggalkan Bukit Aman.