Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perjuang Kebajikan Warga Pdrm Menerusi Mbj

Published: 28 Jul 2020 10.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Julai 2020 - Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2020 yang dipengerusi oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perjuang-kebajikan-warga-pdrm-menerusi-mbj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:49 MYT

Kuala Lumpur, 28 Julai 2020 - Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2020 yang dipengerusi oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa dalam menjaga kebajikan dan kepentingan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam ucapannya, Dato' Pahlawan Mazlan menasihatkan agar wakil-wakil persatuan dapat mengamalkan langkah-langkah penjimatan tuntutan kewangan, sebagai tanda keprihatinan warga PDRM terhadap beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk memerangi wabak COVID-19 dan usaha memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas akibat pandemik tersebut.  

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar ahli-ahli mesyuarat yang hadir terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dalam membendung penularan pandemik COVID-19 dengan memperkemas dan mempertingkatkan lagi amalan normal baharu yang ditetapkan oleh kerajaan.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Huzir Mohamed, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin dan wakil-wakil Persatuan PDRM.

Image may contain: 1 person, sitting, office, table, screen and indoor
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2020 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.

Image may contain: 1 person, sitting
Ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 1 person, sitting, table, office and indoor, text that says 'PDRM'
Sekitar bacaan doa bagi memberkati majlis.

Image may contain: 4 people, people sitting, screen, table and indoor
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2020 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2020 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.

Image may contain: 4 people, people sitting, table, screen and indoor
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2020 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.
ArticlePublished 28 Jul 2020 10.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM