Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Hingga 2 Jun

Published: 17 May 2015 5.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 17 Mei- Fasa 19 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan ke Fasa 20 mulai 18 Mei hingga 2 Jun dari 7 malam hingga 5 pagi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-hingga-2-jun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:55 MYT

Kota Kinabalu, 17 Mei- Fasa 19 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan ke Fasa 20 mulai 18 Mei hingga 2 Jun dari 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung merangkumi enam daerah melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan yang ditetapkan, dilanjutkan bagi memastikan... keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.

"Pelanjutan perintah berkurung ini bagi memudahkan penguatkuasaan memantau pergerakan bot yang menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya polis Sabah juga mengambil keputusan melanjutkan perintah berkurung berkenaan kerana langkah itu turut mendapat sokongan pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di sempadan.

Jalaluddin berkata kuasa telah diberi kepada semua Ketua Polis Daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau lain-lain aktiviti laluan mendesak.- BERNAMA

ArticlePublished 17 May 2015 5.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM