Artikel
Perintah Berkurung Di Esszone Dikaji Ditingkat
Perlaksaan perintah berkurung di Esszone akan dikaji semula dan ditingkatkan bagi memastikan jenayah rentas sempadan seperti penculikan di zon berkenaan tidak...
Perlaksaan perintah berkurung di Esszone akan dikaji semula dan ditingkatkan bagi memastikan jenayah rentas sempadan seperti penculikan di zon berkenaan tidak berulang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulas perkara berkenaan kerana sempadan negara masih menerima ancaman daripada penjenayah.
Beliau secara peribadi berpendapat banyak usaha dan penambah baikan bagi memantapkan sempadan negara perlu dilakukan dengan para pegawai kanan Esszone bagi memastikan kawasan itu bebas penjenayah.
Sumber: Utusan Malaysia