Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Bukit Kepong - 31 May 2012
Menyingkap Kembali Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950
Tanggal
23 Februari 1950, tercatat satu titik hitam dalam sejarah PDRM apabila
Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh sekumpulan 180 orang
pengganas Komunis.
Balai
Polis Bukit Kepong diketuai oleh Sarjan Jamil bin Mohd Shah dengan
kekuatan 15 anggota Polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin. Pasukan
ini turut diperkukuhkan oleh 3 Konstabel Polis Khas dan 4 Polis
Tambahan.
Serangan
pada waktu malam itu hingga keesokan paginya telah mengorbankan 14
anggota polis, 5 anggota polis tambahan, 5 orang keluarga anggota polis
dan 2 orang penduduk kampung.
Walaupun
hampir kehabisan peluru, mereka tetap berlawan bermati-matian dan
enggan menyerah apabila pihak komunis mengarahkan mereka berbuat
demikian.
Demi
mempertahankan Balai Polis Kepong daripada jatuh ke tangan Komunis,
mereka sanggup bergadai nyawa berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir.
Mereka akhirnya gugur dalam pertempuran tersebut, demi mempertahankan tanah air, hak-hak dan warisan generasi mereka.
Tiada apa yang dapat digantikan dengan pengorbanan mereka yang amat mulia demi masa depan negara dan pasukan PDRM.
Semoga
Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka dengan kemuliaan dan
kesejahteraan serta ditempatkan di kalangan orang mukmin yang soleh dan
solehah.
Bagi mengembalikan nostalgia sejarah lampau Balai
Polis Bukit Kepong sekaligus mengabadikan sejarah mereka untuk dihayati
oleh generasi baru, satu Perhimpunan Veteran PDRM Dan Soft-Launch Galeri Darurat Bukit Kepong telah disempurnakan
oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di
perkarangan Balai Polis Bukit Kepong, Pagoh, pagi ini.
"Di
sebalik pengorbanan anggota dan ahli keluarga Balai Polis Bukit Kepong,
peristiwa ini memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis dalam
mempertahankan maruah institusi keramat polis. Mereka tidak mengaku
kalah. Mereka berpegang kental kepada semangat "biar putih tulang,
jangan putih mata". Begitu keadaannya, mereka berjuang hampir empat jam
mempertahankan Balai Bukit Kepong ini sebelum dibakar oleh pengganas
komunis", tegas YDH Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau.
Turut
hadir dalam perhimpunan pagi ini adalah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin
Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, Datin Sri Imran
binti Ibrahim, Timbalan Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Mantan-mantan
Ketua Polis Negara bersama isteri, Y.Bhg Dato' Sri J J Raj, Mantan
Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat
Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam
(KDN/KA), YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abddullah, Pengarah Jabatan
Logistik PDRM, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan
Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin
Mohd Haji Shariff, Ketua Polis Johor bersama isteri Y.Bhg Datin Bibi
Zakiah binti Meraslam, Y.Bhg Mantan-mantan Timbalan Ketua Polis Negara
bersama Isteri, Y.Bhg Mantan-mantan Pengarah PDRM bersama Isteri, YDH
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Polis, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH
Komander-komander serta Komandan-komandan Pusat Latihan Polis, Y.Bhg
Pengerusi Yayasan Pengaman, Y.Bhg Presiden Bekas Polis Malaysia, Y.Bhg
Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara, Yang diPertua Persatuan
Veteran VAT 69, Pengerusi Persatuan Kebajikan Skuad 69, Pesara-pesara
polis Balai Polis Bukit Kepong, Dif-dif Jemputan, Pegawai-pegawai kanan
PDRM dan wakil-wakil media.
"Saya berharap peristiwa Bukit Kepong
ini akan tetap menjadi kenangan dan sejarah yang tidak akan dilupakan
oleh generasi muda masa kini. Perjuangan untuk mengukuhkan semangat
patriotik ini tidak boleh terhenti di sini. Ia perlu sentiasa dihidupkan
kerana kita perlu mengambil iktibar dari setiap detik sejarah. Galeri
ini kelak akan berfungsi sebagai manifestasi semangat juang yang perlu
ada dalam setiap kita walau dari generasi mana sekalipun. Semangat
patriotisme dan nasionalisme untuk mempertahankan tanah watan mesti
diutamakan. Justeru, marilah kita sama-sama menginsafi pengorbanan para
anggota polis dan "fallen heroes" yang tidak ternilai", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan.
Majlis turut menyediakan persembahan pentomin bertajuk Tragedi Balai Polis Kuala Krau kepada
yang hadir. Disamping itu turut diadakan adalah Tahlil ringkas, Lawatan
ke pameran dan meninjau gambar plan perancangan tapak galeri.

Y.Bhg Mantan Pengarah Pengurusan PDRM dan Y.Bhg Mantan Timbalan Ketua Polis Negara

YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah

YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan bersalaman dengan veteran-veteran polis

Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

YDH Dato' Zubaidah binti Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik I

Y.Bhg Dato Robiah Abd Ghani, Mantan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM



Antara veteran-veteran polis wanita, anggota keluarga dan anggota polis yang hadir

Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam

Bergambar sementara menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) sempat bermesra dengan Kawalan Kehormatan

Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu Kebangsaan Negaraku


Bacaan doa Inspektor Syed Bukhari bin Syed Jaafar, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

Ucapan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Sri JJ Raj, Mantan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

Antara kumpulan Pancaragam PDRM PULAPOL Kuala Lumpur
Persembahan Pentomen "Tragedi Serangan Balai Polis Kuala Krau" tanggal 27 Jun 1948








Sajak "Pahlawan Negara" yang dideklamasikan oleh Sarjan Yusuf bin Ramji

Kumpulan Pancaragam PULAPOL Kuala Lumpur mengiringi deklamasi sajak

Penyampaian cenderamata kepada Y.Bhg Dato' Sri JJ Raj

Penyampaian cenderamata kepada Encik Othman bin Mohd Yusoff, anak kepada Allayarham mata-mata 2648 Yusof bin Mohamad



Bacaan tahlil disempurnakan oleh Ustaz Zulkifli bin Tukiman, Ketua Cawangan Agama, Bahagian Agama dan Kaunseling IPK Johor


Upacara Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara



Upacara Penyerahan cek Tabung Amanah Warisan Polis oleh YDH Ketua Polis Negara


Meninjau gambar plan perancangan tapak galeri

Menandatangani Buku Pelawat ruangan pameran


Antara artifak yang dipamerkan

Sidang Media
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo