Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perhimpunan Khas Sempena Hari Polis 2007

Published: 09 Jun 2014 1.23 AM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
PULAPOL Kuala Lumpur - 5 April 2007. Perhimpunan Khas Sempena Hari Polis 2007 yang diadakan pada pagi ini adalah untuk memberikan penghargaan dan penganugerahan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-khas-sempena-hari-polis-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:08 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 5 April 2007. Perhimpunan Khas Sempena Hari Polis 2007 yang diadakan pada pagi ini adalah untuk memberikan penghargaan dan penganugerahan kepada pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Penghargaan yang diberikan ini adalah bagi mengiktiraf pengorbanan dan khidmat bakti mereka yang telah banyak membantu PDRM dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Hadir dimajlis tersebut ialah YAB Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YB Dato' Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan YBhg. Tan Sri Haji Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Hadir sama YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Haji hassan, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Mohd Najib Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri, Ketua-ketua Jabatan PDRM, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai kanan PDRM serta anggota dan kakitangan awam. 
Bersempena dengan majlis itu juga dilancarkan Buku Pelan Strategik Lima Tahun (PS5T) PDRM oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan juga penyerahan 'Charter of Justice' juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Perhimpunan Khas Sempena Hari Polis 2007
YAB Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan sambil diiringi oleh YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara

ArticlePublished 09 Jun 2014 1.23 AMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM