Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Pacsu

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Perhimpunan telah dihadiri oleh YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-khas-pegawai-pegawai-awam-pacsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:39 MYT

Bukit Aman - 7 Mei 2008. Perhimpunan Khas Pegawai-Pegawai Awam (PACSU) Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun telah diadakan di perkarangan Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman.

Perhimpunan telah dihadiri oleh YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Timbalan-Timbalan Pengarah serta pegawai-pegawai awam dari seluruh kontinjen. Turut hadir ialah Y.Bhg. Tuan Haji Omar bin Osman, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja (CUEPACS), Y.Bhg. Encik Abd. Rahim bin Jantan, Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) serta barisan Ahli Majlis Jawatankuasa Agung PACSU.

Perhimpunan ini merupakan satu platform untuk memanifestasikan penghargaan dan pengiktirafan PDRM di atas jasa dan pengorbanan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh pegawai-pegawai awam kepada pasukan Polis Diraja Malaysia.

Dalam ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, beliau berharap semua pegawai-pegawai awam sentiasa berazam untuk meninggikan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab danhakiskan sifat mementingkan diri sendiri. Beliau juga menyeru kepada semua pegawai-pegawai awam supaya berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, amanah dan mesra, bekerjalah untuk memajukan diri sendiri dan memenuhi harapan masyarakat, serta bekerjasama membanteras musuh negara, jauhkan diri daripada rasuah dan penyelewengan , sentiasa ikhlas dan berpegang teguh dengan ajaran agama dan etika.Bekerjalah dengan persekitaran kerja yang harmoni, kondusif dan positif dan keupayaan ini akan menggalakkan produktiviti yang berkualiti tinggi dan akan membantu meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai di negara ini.

Sebagai warga PDRM, bekerja berpasukan adalah amat penting, kerana sebarang kejayaan PDRM adalah merupakan hasil sumbangan semua pihak, tidak kira sama ada sebagai seorang pegawai polis ataupun pegawai awam, atau sama ada peranan yang dimainkan oleh seseorang itu besar ataupun kecil. Tanpa sumbangan dan komitmen daripada semua pihak, sudah pasti usaha untuk mencapai wawasan PDRM akan mengambil masa yang lebih lama, malah mungkin akan gagal.

Di Perhimpunan Khas Pegawai-Pegawai Awam (PACSU), seramai 30 orang telah menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun

IKRAR PEGAWAI AWAM PDRM

BAHAWA KAMI PEGAWAI AWAM, JABATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:

- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN

KAMI BERIKRAR AKAN BERUSAHA SELAGI KAMI BERKHIDMAT AKAN PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT:-

- TAAT KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG, NEGARA DAN KERAJAAN SERTA PUCUK PIMPINAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
- MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN
- BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
- MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
- BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN KEMESRAAN
- MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERMARUAH DAN BERKUALITI
- BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERASKAN KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA DAN
- BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA

Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Pacsu
Hadir...YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM

Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Pacsu
Penerima-penerima Surat Penghargaan dari seluruh kontinjen

Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Pacsu
Encik Sakri bin Lahdari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Pacsu
Surat Penghargaan ...Puan Zainab binti Ibrahimdari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman
Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Pacsu
YDH Timbalan Ketua Polis Negara beramah mesra dengan pegawai-pegawai awam dari kontinjen dan formasi sambil diiringi oleh Y.Bhg. Encik Abd. Rahim bin Jantan (kiri)dan Y.Bhg. Tuan Haji Omar bin Osman

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM