Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Bagi Bulan Oktober 2007
Bukit Aman - 25 Oktober 2007. Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Bagi Bulan Oktober 2007 telah dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di tempat letak kereta Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman.
Hadir di perhimpunan tersebut, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah dan Kakitangan Awam Bukit Aman.
Perhimpunan dimulai dengan YDH Ketua Polis Negara menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan dan seterusnya membuat Pemeriksaan Baris dan seterusnya ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara. Di perhimpunan tersebut juga di adakan Ucapan Melafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Polis dan nyanyian 3 buah lagu, Sang Saka Biru, Amalan Kita dan Polis Sedia Berkhidmat sebelum bersurai.

YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara memeriksa Kawalan Kehormatan

Melafazkan Ikrar