Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Bagi Bulan Oktober 2007

Published: 09 Jun 2014 2.59 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Perhimpunan dimulai dengan YDH Ketua Polis Negara menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-bulanan-semua-jabatan-peringkat-bukit-aman-bagi-bulan-oktober-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:54 MYT

Bukit Aman - 25 Oktober 2007. Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Bagi Bulan Oktober 2007 telah dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di tempat letak kereta Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman.

Hadir di perhimpunan tersebut, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah dan Kakitangan Awam Bukit Aman.

Perhimpunan dimulai dengan YDH Ketua Polis Negara menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan dan seterusnya membuat Pemeriksaan Baris dan seterusnya ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara. Di perhimpunan tersebut juga di adakan Ucapan Melafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Polis dan nyanyian 3 buah lagu, Sang Saka Biru, Amalan Kita dan Polis Sedia Berkhidmat sebelum bersurai.

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Bagi Bulan Oktober 2007
YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara memeriksa Kawalan Kehormatan

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Bagi Bulan Oktober 2007
Melafazkan Ikrar

ArticlePublished 09 Jun 2014 2.59 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM