Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat di negara ini hendaklah melalui satu perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik, mencurah khidmat dengan cemerlang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-bulanan-semua-jabatan-peringkat-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:02 MYT

Bukit Aman - 27 Mei 2009 . Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Pengurusan telah di adakan di perkarangan tempat letak kereta, Bangunan 4 Tingkat , Bukit Aman.

Hadir di perhimpunan tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman, YDH Dato' Seri, Dato'-Dato' Pengarah , YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam yang bertugas di Bukit Aman.

Kawalan Kehormatan pada pagi ini di ketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, ASP Goh Chee Meng dan dibantu oleh ASP Petrus Kimsa. Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh P/ASP Napri bin Sahlan dan 'Lafaz Ikrar' yang diketuai oleh DSP Razali bin Ibrahim. Majlis seterusnya ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara dan penyampaian Surat Penghargaan kepada 48 orang pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan PDRM, di atas tugas cemerlang yang mencipta kejayaan PDRM. Majlis diakhiri dengan nyanyian dua buah lagu ' Tegas, Adil dan Berhemah' dan 'Sedia Berkhidmat'.

Dalam ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berharap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat di negara ini hendaklah melalui satu perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik, mencurah khidmat dengan cemerlang dan mengutamakan pencapaian di dalam penugasan, sebagaimana yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai 'Pencapaian Diutamakan'.

YDH Ketua Polis Negara juga menuntut semua pegawai dan anggota untuk meneruskan budaya kerja yang mengutamakan disiplin, kecekapan dan komitmen yang jitu bagi memastikan perkhidmatan PDRM menjadi satu wadah yang membanggakan negara.

YDH Ketua Polis Negara juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua Jabatan dan Kontinjen yang terlibat di dalam pelaksanaan Sistem Star Rating (SSR) Peringkat Agensi Pusat dan Jabatan Utama Tahun 2008.

"Hasil dari penilaian tersebut, PDRM telah mencapai taraf empat bintang dan adalah menjadi harapan saya agar semua pihak melipatgandakan lagi usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam penilaian yang akan datang dan mendapat penarafan lima bintang. Semoga hasrat kita ke arah pembentukan Satu Pasukan, Pelanggan Didahulukan, Prestasi Kerja Diutamakan akan menjadi keutamaan kita" kata YDH Ketua Polis Negara, mengakhiri ucapan beliau pagi ini.

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara telah disambut oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
Antara YDH Timbalan-timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan Bukit Aman yang turut hadir

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
Penolong Pegawai Baris, ASP Petrus Kimsa dan barisan Kawalan Kehormatan

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
Amin...antara kakitangan awam Bukit Aman yang hadir

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
Lafaz Ikrar diketuai oleh DSP Razali bin Ibrahim

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
Koir gabungan setiap jabatan di Bukit Aman

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
Penerima Surat Penghargaan..ASP Mohd Khairuddin bin Jamal dari Pasukan Gerakan Marin yang mengetuai operasi mematahkan kegiatan penyeludupan telefon bimbit dari Indonesia dengan anggaran bernilai RM3.2 juta

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
Kpl Mohd Daim bin Othman dari Cawangan Trafik bersama dua anggota telah berjaya menahan sebuah lori yang membawa minuman keras yang tidak dibayar cukai dan juga berjaya menahan sebuah kereta yang membawa 2 buah beg berisi barang kemas yang disyaki dicuri di Tambun.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM