Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman telah diadakan di perkarangan Bangunan Empat Tingkat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-bulanan-peringkat-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:12 MYT
Bukit Aman - 23 Julai 2007. Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman telah diadakan di perkarangan Bangunan Empat Tingkat. Perhimpunan ini melibatkan semua jabatan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dengan anjuran oleh Jabatan KDN/KA Bukit Aman.

Perhimpunan tersebut telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara .Hadir di majlis tersebut ialah YDH Datuk Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, anggota serta kakitangan awam Bukit Aman.

Di majlis itu juga telah disampaikan Surat Penghargaan Ketua Polis Negara kepada pegawai dan anggota, diatas sumbang bakti dan perkhidmatan yang cemerlang semasa menjalankan tugas yang diamanahkan.

Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman
YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara memeriksa Kawalan Kehormatan dari Pasukan Simpanan Persekutuan
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM