Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Pdrm

Diterbitkan: 21 Dec 2015 5.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan diadakan di Dewan PERKEP, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-bulanan-jabatan-pengurusan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:18 MYT

Kuala Lumpur, 21 Dis - Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan diadakan di Dewan PERKEP, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Majlis Pemakaian Pangkat disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah kepada 62 Pegawai Kanan yang telah dinaikkan pangkat.

Beliau berkata, warga PDRM umumnya dan warga Jabatan Pengurusan khususnya hendaklah melakukan perubahan ke arah modenisasi PDRM berlandaskan Pelan Strategik PDRM 2015-2020 bagi melonjakkan imej kepolisian bertaraf dunia.

Majlis ini turut dihadiri Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Shah Gzali Khan Shahadad, Pegawai-pegawai kanan, anggota dan pegawai awam Jabatan Pengurusan PDRM.

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Pdrm
Nyanyian lagu Negaraku sebelum majlis bermula.

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Pdrm
 Ucapan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah.

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Pdrm
 Sesi pemakaian pangkat oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah kepada pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Pdrm
 Antara pegawai-pegawai kanan yang hadir dan dinaikkan pangkat.

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Pdrm
 Pancaragam PDRM mengiringi nyanyian lagu Negaraku dan Polis Sedia Berkhidmat.

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Pdrm
 Antara pegawai awam dari Jabatan Pengurusan yang hadir.
 

 
 

ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2015 5.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM