Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Pdrm
Kuala Lumpur, 21 Dis - Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan diadakan di Dewan PERKEP, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Majlis Pemakaian Pangkat disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah kepada 62 Pegawai Kanan yang telah dinaikkan pangkat.
Beliau berkata, warga PDRM umumnya dan warga Jabatan Pengurusan khususnya hendaklah melakukan perubahan ke arah modenisasi PDRM berlandaskan Pelan Strategik PDRM 2015-2020 bagi melonjakkan imej kepolisian bertaraf dunia.
Nyanyian lagu Negaraku sebelum majlis bermula.
Ucapan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah.
Sesi pemakaian pangkat oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah kepada pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.
Antara pegawai-pegawai kanan yang hadir dan dinaikkan pangkat.
Pancaragam PDRM mengiringi nyanyian lagu Negaraku dan Polis Sedia Berkhidmat.
Antara pegawai awam dari Jabatan Pengurusan yang hadir.