Article
Pergilah Bercuti Kami Akan Jaga Keselamatan Kawasan Anda
'Selamat bercuti, serta kepada yang memandu kenderaan, berhemahlah di jalanraya semoga anda sampai ke destinasi dengan selamat, jangan lupa memaklumkan pergera...
Subang Jaya, Selangor - 16 Januari 2011

YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan banner Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' kepada Ketua-ketua Polis Balai

Banner Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' yang disumbangkan oleh Komuniti Persatuan Penduduk Subang USJ

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk Subang USJ

Y.Bhg Encik Robert Chan, Pengerusi Jawatankuasa USJ Alert menyampaikan cenderahati berupa album mengandungi potret-poret YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail bersama warga Subang Jaya

Antara wakil-wakil media yang hadir semasa Sidang Media

Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Selangor juga turut mempromosi menarik masyarakat menyertai Rakan Cop

Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim, isteri YDH Timbalan Ketua Polis Negara juga turut tertarik melihat foto-foto YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail bersama warga Subang Jaya
Berita dan gambar : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan
"Selamat bercuti, serta kepada yang memandu kenderaan, berhemahlah di jalanraya semoga anda sampai ke destinasi dengan selamat, jangan lupa memaklumkan pergerakan anda kepada pihak polis dan jiran", ucap YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara semasa merasmikan Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' Ulang Tahun Ke-10.
Menjelang tibanya Tahun Baru Cina, dengan cuti yang panjang bermula pada 3 hingga 6 Februari 2011, Komuniti Penduduk Summit Subang USJ dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah mengambil pendekatan awal dengan melancarkan Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' Ulang Tahun Ke-10 pada petang ini di Summit USJ, Subang Jaya, Selangor.
Kempen yang dilancarkan ini akan meningkatkan lagi jaringan kerjasama antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia dalam memerangi jenayah serta membuka mata masyarakat, bahawa pihak Polis akan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda mereka.
Borang Lawatan Polis, diedarkan kepada Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk di sekitar Subang USJ dan banner juga diberikan kepada semua Ketua Polis Balai untuk mempromosi dan memberi kesedaran kepada seluruh penduduk, dengan mengisi borang apabila meninggalkan rumah di cuti perayaan Tahun Baru Cina.
"Saya tegaskan di sini, bahawa Polis Diraja Malaysia sempena menyambut Tahun Baru 2011, akan menumpukan sepenuh usaha untuk menurunkan lagi kadar jenayah melalui inisiatif-inisiatif pencegahan jenayah sebagaimana yang telah diumumkan oleh YB Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara'', ucapan pertama oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail.
YDH Timbalan Ketua Polis Negara juga berkata, PDRM akan memberi penekanan kepada penurunan kadar jenayah yang berterusan, pembanterasan dadah berbahaya, menangani jenayah merentas sempadan, ancaman keganasan terrorisme dan juga meningkatkan usaha kesukarelawan (volunteerism).
Kontinjen Selangor telah berjaya menurunkan jenayah keseluruhan bagi tahun 2010 dan untuk kes jenayah Pecah Rumah, sejumlah 906 kes berjaya diturunkan dan bagi Subang Jaya pula, kes pecah rumah telah menurun sebanyak 488 kes ( turun 24.91 peratus).
"Syabas kepada semua lapisan warga PDRM Selangor yang dipimpin oleh Dato' Tun Hisan atas usaha gigih, bukan hanya atas usaha yang menghasilkan penurunan kadar jenayah tetapi juga berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat tentang keselamatan melalui kehadiran polis dan juga mutu khidmat penyampaian yang tinggi", ucapan penghargaan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
Beliau juga tidak ketinggalan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan masyarakat dan penglibatan semua pihak termasuk lain-lain agensi dan NGO yang telah memberi kerjasama padu kepada pihak Polis dalam memerangi jenayah dan menurunkan kadar jenayah.
"Teruskan usaha murni ini bersama-sama kami, agar kita dapat mencapai hasrat kesejahteraan dan keamanan dalam negara kita"
"Kerjasama dan semangat kejiranan tinggi hendaklah terus dipupuk dan dipromosikan dan saya amat mengalu-alukan Community-Based Effort, kerana inilah kunci kepada kemakmuran masyarakat", kata beliau lagi.
Hadir sama di majlis perasmian tersebut ialah Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, mantan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH ACP Zainal Rashid bin Haji A. Bakar, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Y.Bhg Encik Robert Chan, Pengerusi Jawatankuasa USJ Alert, Pegawai-pegawai Kanan, AJK USJ Alert dan para jemputan serta wakil-wakil media.

Menonton video klip aktiviti Komuniti Penduduk USJ Alert

Ucapan perasmian Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara

Gimik pelancaran Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat'

Memotong kek sempena ulang tahun ke-10, Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat'

Turut meraikan hari lahir Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, mantan Ketua Polis Negara