Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Bekas Tentera
KUALA
KUBU BHARU, 24 NOV - Telah berlangsung Upacara Perbarisan Tamat Latihan
Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Untuk Bekas Tentera Siri 1/2012
di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, hari ini. Seramai 103 Pelatih terdiri
daripada 55 Konstabel dan 48 Konstabel Sokongan telah berjaya menamatkan
latihan selama 3 bulan yang telah bermula sejak 24 Ogos lalu.
Tetamu
kehormat majlis, YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah
Pasukan Petugas Khas (Operasi / Counter Terrorism) PDRM telah
menyempurnakan majlis pada hari ini. Program ini merupakan Siri ke-2
dalam National Strategy Execution Summit (NSES) National Blue Ocean
Strategy 2 hasil cetusan idea oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun
Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Konst./P
Rozafinas Binti Zainol telah dipilih sebagai Pelatih Terbaik
Keseluruhan. Beliau pernah berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja
Malaysia selama 13 tahun.
Turut
hadir pada hari ini, YDH DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan
PULAPOL, YDH ACP Mohd Kamal bin Kordi, Komandan Maktab KKB, Y.Bhg Mejar
Jen. Dato' Mazelan bin Kasap, Panglima Latihan Tentera Darat, Y.Bhg
Mejar Harrison bin Harun, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM,
Timbalan-timbalan Pengarah, dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Ketibaan YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) PDRM.

YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun memberi tabik hormat.

Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir.

Sekitar Majlis

Bacaan doa.

Bacaan doa.

Sekitar majlis.

YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun ketika memberi ucapan.

Sekitar majlis.

Sekitar majlis.

Konst. Rozafinas Binti Zainol dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan.

Bacaan Ikrar.

Laungan semangat oleh pelatih-pelatih setelah berjaya menamatkan latihan.

Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun beramah mesra dengan pelatih-pelatih diakhir majlis.

Gambar kenangan.

Antara ahli keluarga yang hadir.

Sekitar majlis.

Sekitar majlis.

YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun menandatangani Buku Pelawat.

Sekitar majlis.

Sekitar majlis.