Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011

Published: 11 Jun 2014 7.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 186 orang peserta Kursus Polis Bantuan menyertai upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan siri 1/2011 setelah menjalani Program Latihan Asas Kepolisan selama dua bulan di Pus.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-tamat-latihan-polis-bantuan-siri-1-2011
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:55 MYT

PULAPOL KUALA LUMPUR, 18 November 2011 - Seramai 186 orang peserta Kursus Polis Bantuan menyertai upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan siri 1/2011 setelah menjalani Program Latihan Asas Kepolisan selama dua bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur ini.

"..setiap tindakan atau penguatkuasaan yang dijalankan hendaklah berlandaskan undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.." Begitulah nasihat daripada YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur kepada semua peserta kursus. "..adalah diharapkan agar anda semua menjadi mata dan telinga kepada PDRM bagi bersama-sama masyarakat membantu di dalam pencegahan jenayah di negara kita.." tambah beliau lagi.

Peserta Kursus Asas Polis Bantuan seramai 186 orang ini terdiri daripada 110 orang peserta daripada PETRONAS, 48 orang peserta daripada Kumpulan SUNWAY, 20 orang peserta daripada West Port, dan 8 orang peserta daripada ASTRO.

Turut hadir di upacara perbarisan ini ialah Y.Bhg Tuan Azlan bin Mohd Said, Pengurus Besar Bahagian Keselamatan Korporat PETRONAS, Y.Bhg Datuk Ramzan M.Hashim, Naib Pengerusi Kumpulan SUNWAY, wakil Polis Bantuan West Port, Y.Bhg Encik Tang Kam Khuan, Senior Vice Presiden ASTRO, Ketua-ketua Jabatan Agensi Polis Bantuan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat.
Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
Y.Bhg Encik Tang Kam Khuan, Senior Vice President ASTRO

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
Wakil dari Polis Bantuan West Port.

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
Y.Bhg Datuk Razman M.Hashim, Naib Pengerusi Kumpulan SUNWAY.

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
Y.Bhg Tuan Azlan bin Mohd Said, Pengurus Besar Bahagian Keselamatan Korporat PETRONAS.

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
Ketibaan YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
Periksa Baris oleh YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur diiringi oleh Y.Bhg Tuan Azlan bin Mohd Said, Pengurus Besar Bahagian Keselamatan Korporat PETRONAS.

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
Ucapan penutupan Kursus Asas Polis Bantuan PETRONAS, Kumpulan Sunway, West Port dan ASTRO Siri 1/2011 oleh YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur menyematkan lambang Polis Bantuan.

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
Lafaz Ikrar oleh peserta kursus.

Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
Persembahan Tarian Perang oleh peserta kursus.






Jurufoto   : Konst Raymond & Konst Santher
Wartawan  : Konst Raymond

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM