Perbarisan Tamat Latihan Penyampaian Sijil Konstabel Sokongan Siri 2 2009
PULAPOL
Kuala Lumpur - 27 Mac 2010. Majlis yang bersejarah, Upacara Tamat
Latihan Kursus Asas Kepolisan, bagi pelatih-pelatih Konstabel Sokongan
Siri 2/2009 telah di adakan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis
(PULAPOL) Kuala Lumpur pada pagi ini. Seramai 694 orang pelatih
Konstabel Sokongan telah berjaya menamatkan Program Latihan Asas (PLAK)
dengan jayanya.
Perbarisan
Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Konstabel Sokongan Siri 2/2009
telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM. Turut hadir ialah YDH SAC I Dato'
Jamshah bin Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan
(Latihan/Peperiksaan) dan YDH SAC II Dato' Amar Singh a/l Ishar Singh,
Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.
Dalam
tempoh 4 bulan menjalani Latihan Asas di PULAPOL Kuala Lumpur, segala
ilmu yang dipelajari yang mencakupi pelbagai aspek latihan, termasuklah
latihan kawad, latihan fizikal, pengendalian dan penggunaan senjatapi,
aspek perundangan, teknologi maklumat, pengetahuna agama dan pendidikan
moral dal sebagainya akan dapat dijadikan panduan semasa menjalankan
tugas nanti.
Program
latihan ini sememangnya dirangka sedemikian rupa yang bertujuan untuk
melahirkan anggota Polis yang 'Ready For The Job', bagi memenuhi
tuntutan masyarakat yang berkehendakkan perkhidmatan anggota Polis yang
cekap, efisien, berintegriti, berhemah tinggi, adil dan saksama.
'Hayatilah
maksud lencana yang tersemat didada anda, iatu 'Integriti Amalan Kita',
bertujuan meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan Polis kepada
masyarakat di negara ini, ke arah mencapai visi dan misi pasukan iaitu
sebagai sebuah agensi penguatkuasa utama yang berintegriti, kompeten dan
komited untuk bekerja dengan masyarakat, serta membentuk budaya kerja
yang terbilang", kata-kata perangsang YDH DCP Dato' Mortadza bin
Nazarene kepada pelatih-pelatih Konstabel Sokongan semasa ucapan beliau.
Kategori
Terbaik Akademik telah disandang oleh RF/S 21605, Rozer Lexsyailer bin
Tinus, Terbaik Latihan Luar ialah RF/S 21326 Mohd Faizal bin Mohd Ali
dan Terbaik Keseluruhan pula disandang oleh RF/S 21441 Hashim bin Ahmad
dari Kota Tinggi, Johor.

YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene membalas tabik hormat dari Kawalan Kehormatan.

Membuat Pemeriksaan Perbarisan dengan diiringi oleh Komandan Pulapol Kuala Lumpur dan PP Baris

Kawalan Kehormatan mendahului Lintas Hormat dalam Perlahan dan Cepat Masa.

Segak dan bergaya..mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir.

Penyampaian Sijil Tamat Latihan dan hadiah kepada peserta-peserta Terbaik Konstabel Sokongan Siri 2/2009

Kategori
Terbaik Keseluruhan, disandang oleh RF/S 21441 Hashim bin Ahmad dari
Kota Tinggi, Johor yang menerima hadiah 'Tongkat' dari YDH DCP Dato'
Mortadza bin Nazarene.

Persembahan Seni Mempertahankan Diri (Rythemix Martial Art) oleh pelatih-pelatih Konstabel Sokongan Siri 2/2009

Ucapan Amanat oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM.

dari
kanan...Kategori Terbaik Akademik, RF/S 21605, Rozer Lexsyailer bin
Tinus, Terbaik Keseluruhan pula disandang oleh RF/S 21441 Hashim bin
Ahmad dan Terbaik Latihan Luar ialah RF/S 21326 Mohd Faizal bin Mohd Ali