Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012

Published: 12 Jun 2014 6.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 15 Jun - 'Masyarakat akan menghormati dan menyanjung tinggi pasukan ini, jika aduan yang mereka buat diambil tindakan .....
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-tamat-latihan-kadet-sarjan-lantikan-terus-luaran-siri-1-2012
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:01 MYT
Kuala Lumpur, 15 Jun - "Masyarakat akan menghormati dan menyanjung tinggi pasukan ini, jika aduan yang mereka buat diambil tindakan dan dapat diselesaikan dalam jangka masa yang segera," ujar YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM dalam ucapannya di Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus (Luaran) Siri 1/2012 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus (Luaran) adalah julung-julung kalinya diadakan setelah jawatan ini telah diluluskan oleh Agensi Pusat pada 1 Januari 2009.

Bagi Jawatan Kadet Sarjan ini juga, kelulusan Diploma ke atas diperlukan untuk memohon jawatan ini.

Seramai 189 orang pelatih kadet sarjan yang telah berjaya menamatkan latihan asas selama sembilan bulan yang bertempat di PULAPOL Kuala Lumpur pada siri ini.

Di dalam majlis ini juga, Sjn 186759 Mohamed Faisol B. Said telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Terbaik Akademik manakala Sjn 185794 Mohd Hafiz B. Abd. Halim untuk Pelatih Terbaik Latihan Luar.

"Sejajar dengan Pelan Transformasi kerajaan (GTP), PDRM telah memberi tumpuan khusus kepada meningkatkan usaha ke arah memerangi jenayah dan peningkatan kadar penyelesaian kes," kata Pengarah Pengurusan PDRM lagi.

Jelasnya lagi, semua pelatih ini akan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Negara untuk melakukan tugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat.

"Saya berharap anda sekalian akan mempamerkan kegigihan dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas sebagai anggota polis yang berintegriti, tegas, adil dan berhemah." kata beliau diakhir ucapannnya.

Turut Hadir di majlis tersebut ialah YDH Dato' Shabudin bin Abdul WahabTimbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, wakil-wakil media serta ahli keluarga.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Antara ahli keluarga yang hadir.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Ketibaan YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
YDH Datuk Mortadza Bin Nazarene memberi tabik hormat kepada Perbarisan.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Sekitar perbarisan.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Pemeriksaan baris.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Lintas Hormat.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Lintas Hormat.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
YDH Datuk Mortadza menyampaikan hadiah peserta terbaik keseluruhan kepada Sjn Mohamed Faisol B. Said.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Datuk Mortadza menyampaikan ucapan.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Persembahan Gerak TAngkas Polis (GTP).

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Persembahan Stomp The Yard.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Ikrar Taat Setia.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Sorakan Sedia Berkhidmat.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
Bersama ahli keluarga.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
YDH Datuk Mortadza menandatangani Buku Pelawat PULAPOL Kuala Lumpur.

Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Lantikan Terus Luaran Siri 1 2012
YDH Dato' Shabudin bersama YDH SAC Zulkifli mengucapkan tahniah kepada penerima hadiah peserta terbaik.
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM