Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebagaimana yang kita tahu bahawa istilah 'PERKEP' itu sendiri adalah singkatan kepada Persatuan Keluarga Polis. Justeru itu, tujuan dan matlamat utama penubuhan PERKEP adalah berhalatujukan kepada ke..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbaiki-sahsiah-dan-nilai-kendiri-anak-anak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:42 MYT
Rawang, 13 Mac 2012 - "Sebagaimana yang kita tahu bahawa istilah "PERKEP" itu sendiri adalah singkatan kepada Persatuan Keluarga Polis. Justeru itu, tujuan dan matlamat utama penubuhan PERKEP adalah berhalatujukan kepada kesejahteraan keluarga polis. Kita juga turut terpanggil untuk sama-sama berusaha dan membantu melahirkan keluarga atau anak-anak PDRM yang juga 'Kelas Pertama' dan atas dasar itulah program seumpama ini kita anjurkan," ujar Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia sempena Majlis Penutupan Seminar Motivasi Pelajar 'Kaedah Neuro Linguistic Progaramming' (NLP) di Auditorium 1, PULAPOL, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, hari ini.
 
Program ini dihadiri seramai 137 peserta yang terdiri daripada anak-anak PDRM yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun di mana 87 peserta lelaki dan 50 peserta perempuan yang mewakili semua kontinjen di Semenanjung Malaysia.
 
Seminar motivasi pelajar seperti ini merupakan program julung-julung kali diadakan dengan gabungan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Bukit Aman dengan PERKEP Malaysia dan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negari dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) selaku Biro Pendidikan.
 
Secara umumnya, program motivasi ini mendedahkan kepada pelajar dengan kaedah pengalaman ilmu NLP yang agak berbeza dan unik berbanding dengan program motivasi yang lain serta dijamin keberkesanannya.
 
Program motivasi ini juga merupakan salah satu usaha yang boleh diberikan oleh PERKEP Malaysia dalam membantu para ibubapa yang lahiriahnya agak terhad dalam meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka ekoran mempunyai komitmen kerja yang tinggi.      
 
"Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibubapa peserta seminar kerana telah sudi melapangkan masa, ini menunjukkan bahawa walau sesibuk mana sekalipun kita tetap berusaha juga untuk mencari ruang dalam memberikan sokongan moral kepada pengajuran majlis PERKEP bagi anak-anak ini yang merupakan anugerah dan harta yang tidak ternilai tingginya bagi kita semua," akhiri beliau.
 
Turut hadir, Y.Bhg Datin Sri Imran bt. Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Datin Wira Puziah bt. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA merangkap Pengerusi Biro Pendidikan PERKEP Malaysia, YDH SAC Dato' Zaleha bt. Abdul Rahman, Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, Encik Jasmi bin Bahrin, wakil Al-Hamra Management & Consultancy Services, pegawai-pegawai kanan polis, ibubapa-ibubapa serta peserta-peserta seminar. 


Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia...
 
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Antara barisan kehormat di atas pentas...

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Pengerusi majlis menyampaikan kata - kata aluan...

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Bacaan doa bagi memberkati majlis dari bahagian BAKA PDRM...

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Menadah tangan memohon keberkatan majlis...

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia ketika menyampaikan ucapan beliau...
 
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Wakil pelajar (peserta kursus) wanita memberi ucapan...

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Wakil pelajar (peserta kursus) lelaki memberi ucapan...

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Antara peserta kursus yang hadir....

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Pemberian sijil dan cenderahati....

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Bergambar kenanangan....

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Menandatangani buku pelawat Pulapol Bukit Sentosa...

Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Perbaiki Sahsiah Dan Nilai Kendiri Anak Anak
Sesi beramah mesra dengan peserta....


Wartawan: Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S. Nor
Jurugambar: Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S. Nor / L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM