Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 12.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sempena lawatan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke Majlis Perasmian Menara 1 Bukit Aman, isteri Perdana Menteri YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkesem..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-taska-pdrm-bukit-aman-satu-lagi-detik-sejarah-penjajaran-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:24 MYT

Bukit Aman, 12 April 2012 - Sempena lawatan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke Majlis Perasmian Menara 1 Bukit Aman, isteri Perdana Menteri, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor berkesempatan untuk melawat serta merasmikan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Bukit Aman pada hari ini.­

Perasmian TASKA ini merupakan satu lagi detik sejarah penjajaran PDRM dalam mengimbangi kehidupan kerjaya-keluarga (work-life balance) selaras dengan dasar kerajaan mengurangkan beban ibu bapa menghantar anak-anak jauh dari tempat kerja. Kaedah ini seterusnya akan memberi manfaat melalui peningkatan prestasi dan produktiviti warga PDRM yang menghantar anak-anak mereka ke TASKA PDRM Bukit Aman ini.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah turut diiringi oleh isteri Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YM Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah bersama Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati binti Md Sobri, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP). Dalam lawatan ini, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah mengambil kesempatan meninjau aktiviti taska serta bermesra dengan kanak-kanak taska ini yang berumur dalam lingkungan satu hingga lima tahun.

TASKA PDRM Bukit Aman yang telah mula beroperasi sejak 9 April lepas mampu menampung sehingga 30 kanak-kanak.



Ketibaan YABhg Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor bersama YM Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah dan Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati binti Md Sobri.
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm


Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
PLAK Perasmian TASKA PDRM Bukit Aman.

Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor menyempurnakan perasmian TASKA PDRM Bukit Aman.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor meninjau aktiviti taska serta bermesra dengan kanak-kanak taska.  
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm

Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak taska.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah meninggalkan majlis.
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm
Perasmian Taska Pdrm Bukit Aman Satu Lagi Detik Sejarah Penjajaran Pdrm







Jurufoto & wartawan   : L/Kpl Raymond & Konst Iqbal.







ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 12.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM