Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perasmian Makmal Satelit Forensik Geospatial Bukti Kerjasama Erat Utm Pdrm 20230111

Published: 11 Jan 2023 1.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Skudai, 9 Januari 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian D10 (Forensik), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menubuhkan Makmal Satelit Forensik Geospatial (MSFG) dan dirasmikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-makmal-satelit-forensik-geospatial-bukti-kerjasama-erat-utm-pdrm-20230111
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:13 MYT

Skudai, 9 Januari 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian D10 (Forensik), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menubuhkan Makmal Satelit Forensik Geospatial (MSFG) dan dirasmikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru, di sini.

Makmal forensik yang ditempatkan di Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU), UTM itu berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan inovasi selain turut memberi pendedahan ilmu dan aplikasi teknologi serta kepakaran Geospatial dalam bidang forensik bagi memenuhi keperluan ‘Forensic Intelligent’ merangkumi bidang-bidang seperti Fotogrametri, LiDAR, Sistem Maklumat Geografi (GIS), ‘Virtual & Augmented Reality’ (AR/VR).

Tan Sri Acryl Sani dalam ucapan perasmiannya berbangga dengan penubuhan makmal tersebut kerana ia secara tidak langsung merupakan manifestasi pengiktirafan yang diberikan oleh pihak UTM kepada PDRM. Beliau yakin MSFG UTM-PDRM mempunyai potensi besar sebagai platform rujukan forensik geospatial yang amat berguna kepada warga PDRM amnya dan Bahagian D10 Forensik JSJ khasnya.

“Saya yakin, kerjasama strategik ini mampu mempertingkat usaha PDRM khususnya pihak JSJ, dalam memperkemaskan lagi siasatan dalam bidang forensik, seterusnya menyumbang kepada dapatan ilmiah yang akan memberi manfaat kepada semua pihak” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Tan Sri Acryl Sani berbesar hati berkongsi pengalaman beliau semasa meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Awam ketika bertemu dengan warga UTM dalam Bicara Tokoh Alumni. Selain itu, beliau turut diberi penghormatan oleh UTM untuk menerima Hadiah Tokoh Alumni: ‘Alumni Homecoming’ daripada Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Hadir sama dalam lawatan tersebut, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zaini Jass, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato’ Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah (Risikan / Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato’ Hussein Omar Khan, Timbalan Pengarah (Forensik / Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Azari Abd Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S Muthuvelu, Ketua Penolong Pengarah (D10) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Adzli Abu Shah, barisan Ketua Polis Daerah Kontinjen Johor dan warga kerja UTM.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'oleh ACRYL SANI J. ABDULLAH SANI ETUA POLI SOIRA RA Majli TELI (MSF T UTM i 2023 UTM an Se

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

No photo description available.

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text

May be an image of 7 people, people standing, indoor and text that says 'UTM 3 C .& @ GUTM MAKMAL SATEL NSIK GEOSPA FG) UTM-PDR BILIK MES Meetin'

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and military uniform

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people standing and military uniform

May be an image of 13 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people and indoor

May be an image of 12 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'ACRYLSANI U UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UTM'

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'UTM YDH YDIGTAS IG TAN Bicara Tokoh Alumni oleh SANI BIN HJ. AB POLIS NEGARA AH SANI MAKMA

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 12 people and people standing

ArticlePublished 11 Jan 2023 1.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM