Artikel
Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia dengan penuh takzim, merafak sembah menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas limpah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mu...
Kubang Pasu, Kedah - 24 November 2010.
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, bercemar duli berangkat menyempurnakan perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul Aman.
Kompleks IPD Kubang Pasu, mula dibina pada 3 Julai 2006 dan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2009. Kompleks itu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 16 November 2009 dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2010. Kompleks tersebut mengandungi sebuah bangunan Pentadbiran Utama, Setor Transit dan Setor Am, Cawangan Pengangkutan, Bengkel dan Garaj Kenderaan, Stesen Pam Minyak, Bengkel Komunikasi, Pondok Trafik, Setor Barang Kes dan sebuah Kantin.
Selain itu terdapat sebuah Surau, Lapang Sasar, Setor Peluru, Dewan Serbaguna, Tadika dan Rumah PERKEP. Terdapat juga satu unit Banglo kelas 'C', 6 unit Rumah Berkembar kelas 'D', 18 unit Rumah Teres 2 tingkat Kelas 'E' dan 130 unit Apartmen kelas 'F' (9 dan 10 tingkat), dengan melibatkan perbelanjaan RM71 juta.
"Masyarakat seharusnya memahami bahawa tugas polis bukannya mudah, ianya amatlah berat dan memerlukan integriti yang tinggi".
"Setiap anggota polis sentiasa melaksanakan tugas mereka tanpa sempadan waktu, dan mereka juga telah membuktikan kesetiaan mereka kepada bangsa, agama dan negara". Demikian titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, ketika bertitah di majlis perasmian itu yang turut dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.
Titah Tuanku Abdul Halim, dengan kecanggihan teknologi terkini, tugas anggota polis semakin mencabar dan tugas untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara tidak terletak di bahu pihak polis semata-mata. "Masyarakat hendaklah membuat laporan segera kepada pihak polis mengenai kejadian jenayah di tempat mereka bagi membantu pihak polis membanteras jenayah di negeri ini dengan segera", titah Tuanku Abdul Halim lagi.
"Orang ramai amat mengetahui keadaan sebenar di kawasan mereka dan mereka hendaklah menjadi mata dan telinga kepada pihak polis serta melaporkan segera jika berlaku kejadian jenayah untuk tindakan seterusnya".
"Di kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi, masyarakat perlu tampil ke hadapan dan membuat rondaan bersama di kawasan itu sebagai cara mengurangkan kegiatan jenayah" titah Tuanku Abdul Halim di majlis yang bersejarah itu.
Sebelum itu, Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, ketika mempersembahkan ucapan dengan penuh takzim, merafak sembah menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bercemar duli berangkat ke majlis tersebut.
"Sesungguhnya dengan keberangkatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta perhatian berat kepada PDRM, khasnya IPD Kubang Pasu, adalah sangat disanjung tinggi dan akan meninggalkan kenangan manis yang abadi kepada patik sekalian".
"Patik penuh yakin, bahawa seluruh warga PDRM, khususnya di negeri Kedah Darul Aman terasa begitu megah dan bangga, kerana dapat turut bernaung di bawah pemerintahan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yag amat pengasih dan prihatin terhadap keselamatan rakyat, termasuk warga PDRM" demikian ujar Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar ketika mempersembahkan ucapan di majlis itu yang dihadiri sama Dato' Asri Yusoff, pemangku Ketua Polis Kedah.
Di majlis itu Tan Sri Hj. Ismail turut menyeru komuniti di bawah pentadbiran IPD Kubang Pasu agar sentiasa bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah dengan melakukan rondaan menecegah jenayah secara bersama dengan pihak polis dan menubuhkan pasukan sukarelawan seperti Rukun Tetangga.
"Bantuan orang ramai amat diperlukan. Polis dan orang ramai ibarat 'aur dengan tebing’ saling memerlukan agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang aman, selamat dan harmoni kerana mencegah jenayah adalah tanggungjawab bersama", harapan Tan Sri Hj. Ismail kepada komuniti Kubang Pasu.
Di samping itu, Tan Sri Hj. Ismail turut memperingkatkan warga PDRM, khususnya di IPD Kubang Pasu agar sentiasa memastikan persekitaran kompleks berkeadaan bersih dan baik, dan sentiasa dijaga dengan rapi semua peralatan dan kemudahan yang telah disediakan.
"Setiap peralatan dan kemudahan yang disediakan hendaklah dikawal selia dengan baik dan bersistematik. Budaya penyelenggaraan mestilah menjadi amalan harian setiap warga PDRM khususnya di IPD Kubang Pasu ini", nasihat Tan Sri Hj. Ismail kepada seluruh warga PDRM, terutamanya di IPD Kubang Pasu.
IPD Kubang Pasu terdapat 5 buah Balai Polis, sebuah Balai Polis Komuniti dan 9 buah Pondok Polis dengan keanggotaan seramai 447 orang, yang diketuai oleh Supt. Sawaludin Hamenudin.

Hormat Diraja dari Kawalan Kehormatan KeBawah Duli...
KeBawah Duli Tuanku memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan

Gimik perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu

Keberangkatan tiba Duli
Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj
Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah
Darul Aman disambut oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein,
Menteri Dalam Negeri dan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara
DYMM Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim bersama tetamu di pentas Diraja...
DYMM Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim bersama tetamu di pentas Diraja...
Hormat Diraja dari Kawalan Kehormatan KeBawah Duli...
KeBawah Duli Tuanku memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan

DYMM Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim memotong riben di pintu masuk IPD Kubang Pasu.

Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim melawat Pejabat Pertanyaan

DYMM Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim menandatangani Buku Pelawat