Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perasmian Dan Pelancaran Makmal Ict Pdrm

Published: 09 Jun 2014 1.29 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
PULAPOL Kuala Lumpur - 13 April 2007. Sebanyak 10 buah makmal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) PDRM..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-dan-pelancaran-makmal-ict-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:50 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 13 April 2007. Sebanyak 10 buah makmal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) PDRM dijangka siap dibina menjelang tahun 2009 bagi menangani kekurangan makmal ICT oleh PDRM. Pembinaan 10 buah makmal ICT dengan kos RM5 juta tersebut adalah tambahan kepada 17 buah makmal yang telah siap dibina pada Januari lalu dengan kos RM12 juta di sembilan lokasi.
YDH Dato' Mohd Amir Sulaiman, Pengarah Pengurusan PDRM telah hadir di majlis Perasmian dan Pelancaran Makmal ICT PDRM di PULAPOL Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, beliau berkata pembinaan makmal ICT tersebut merupakan saranan daripada Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM yang mahukan kemampuan dan kemahiran anggota polis dalam aspek Teknologi Maklumat dipertingkatkan. Pembinaan dan penambahan makmal ICT itu dijangka berupaya memberi latihan IT kepada lebih 13,250 pegawai, anggota dan kakitangan  PDRM pada setiap tahun.

Perasmian Dan Pelancaran Makmal Ict Pdrm

ArticlePublished 09 Jun 2014 1.29 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM