Sibu - 17 Februari 2011
"Terima
kasih, keprihatinan kerajaan memperuntukkan hampir RM.1.1 billion bagi
projek pembangunan PDRM Kontinjen Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke
Sembilan (RMK 9),
akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan integriti dalam memenuhi
keperluan dan espektasi masyarakat", ucap YDH DIG Datuk Hussin bin Haji
Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara semasa merasmikan Balai Polis Sibu
Jaya, Sibu, Sarawak pada pagi ini.
Sebanyak 14 projek telah diluluskan dengan kos keseluruhan bernilai hampir RM354.3 juta termasuk projek pembangunan bagi Pangkalan Polis Marin Kuching, IPD Limbang, IPD Betong, Balai Polis Tanjung Manis, Balai Polis Balingan dan Balai Polis Kabong. Melalui konsep 'Built, Lease and Transfer', kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM747.1 juta bagi pembinaan Kem Batalion 12 PGA Miri, Balai Polis Gita, Balai Polis Tabuan Jaya, Balai Polis Selangau, Balai Polis Trafik Miri, Balai Polis Pusat Sibu termasuk Balai Polis Sibu Jaya, Balai Polis Sg. Merah, IPD Lubok Antu dan Pasukan Gerakan Am Sri Aman.
Balai Polis Sibu Jaya dibina oleh Erakristal Sdn. Bhd di tapak seluas 1.29 hektar dan telah siap sepenuhnya pada 17 Jun 2009 di Lot 5322, Bandar Sibu Jaya, Jalan Sibu - Durin Link. Balai Polis Sibu Jaya telah mula beroperasi pada 1 April 2010, menelan kos sebanyak RM21.7 juta, dilengkapi dengan Blok Pentadbiran, rumah kediaman serta pelbagai kemudahan termasuk surau, tadika dan dewan badminton.
"Pembinaan balai yang tersergam indah ini akan memberi suasana lebih kondusif, khususnya kepada semua pegawai dan anggota serta pegawai awam yang bertugas, juga memberi keselesaan dalam penugasan dan masalah penempatan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan", antara ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH SAC Dato' Law Hong Soon, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH ACP Shafie bin Ismail, Ketua Polis Daerah Sibu serta Pegawai-pegawai Kanan IPK Sarawak.
Turut hadir, YB Datuk Dr. Soon Choon Teck, Ahli Dewan Undangan Dugong merangkap Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, YB Datuk Tiong Thai King, Ahli Parlimen Lanang, Y.Bhg Encik Sim Kok Kee, Residen Bahagian Sibu, Ketua-ketua Masyarakat serta tetamu jemputan.

Ketibaan YDH DIG Datuk Hussin bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara disambut dengan kebudayaan tradisional Sarawak.

Membalas tabik hormat dari Kawalan Kehormatan

Memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 53 orang pegawai dan anggota...

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH Pesuruhjaya Polis Sarawak dan YDH TImbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dan tetamu jemputan

Antara yang hadir memenuhi perkarangan Balai Polis Sibu Jaya.

Tetamu-tetamu jemputan yang hadir...

Menandatangani 'plak' perasmian Balai Polis Sibu Jaya

YDH Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani 'Buku Melawat'

Ucapan Perasmian Balai Polis Sibu Jaya ...

Bergambar Kenangan dihadapan Balai Polis Sibu Jaya yang tersergam indah...
Gambar : Sumber dari IPK Sarawak
Berita : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : PF29 Siti Fatimah bt. Abdul Manan