Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perangi Habis Habisan

Published: 17 Oct 2014 7.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Gombak, 17 Oktober, - Ketua Polis Negara menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berhenti memerangi pihak yang cuba merekrut atau memujuk belia bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perangi-habis-habisan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:54 MYT
Gombak, 17 Oktober, - Ketua Polis Negara menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berhenti memerangi pihak yang cuba merekrut atau memujuk belia bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).

"Kami (polis) tidak mahu mereka terutama anak muda kita ke sana (Syria dan Iraq) berjihad dengan tiada tujuan dan pulang ke tanah air tanpa kaki dan tangan, "kata IG Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar

"Sekiranya ada maklumat hasil risikan polis, tangkapan terhadap individu yang memujuk belia ini menyertai IS akan dilakukan,"tambah beliau lagi.

Beliau memberi amaran akan menahan sesiapa sahaja yang dipercayai terbabit dengan kumpulan IS tanpa mengira status dan jawatan.

Kelmarin 14 suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman di restoran di Shah Alam dan Damansara, Selangor.

Sumber: Harian Metro
Perangi Habis Habisan
ArticlePublished 17 Oct 2014 7.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM