Perakam Video Adegan Seks Di Balkoni Diminta Tampil
PDRM meminta kerjasama daripada perakam adegan lucah di balkoni sebuah apartment di ibu kota yang menjadi viral di media sosial kebelakangan ini agar tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, keterangan individu yang merakam adegan tidak senonoh sepasang individu itu amat diperlukan bagi kelancaran proses siasatan.
Sehingga kini, tiada individu yang tampil mengaku merakam adegan tersebut sehingga menyebabkan kesukaran polis mengetahui lokasi sebenar kejadian itu berlaku.
Sumber: Harian Metro