Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penyamun Terhumban Ke Dalam Gaung Ketika Cuba Lari Dari Polis

Published: 13 Jun 2016 1.53 AM Updated: 15 Aug 2026 7.26 PM
Seorang penjenayah bertindak nekad melarikan diri selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terhumban ke dalam gaung ketika cuba meloloskan diri daripada polis di Jalan Bukit Kelawat berhampiran Kampung Lapai Tenghilan di Kota Belud, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyamun-terhumban-ke-dalam-gaung-ketika-cuba-lari-dari-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:46 MYT

Seorang penjenayah bertindak nekad melarikan diri selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terhumban ke dalam gaung ketika cuba meloloskan diri daripada polis di Jalan Bukit Kelawat berhampiran Kampung Lapai Tenghilan di Kota Belud, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, SUPT. Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihak polis yang telah menerima satu kes pecah rumah telah pergi ke lokasi kes kejadian sebelum terserempak dengan suspek yang dalam perjalanan melarikan diri menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max.

Suspek yang menyedari dirinya sudah dikesan polis telah cuba memecut melarikan diri sebelum terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Jalan Bukit Kelawat.

Sumber: Kosmo

Penyamun Terhumban Ke Dalam Gaung Ketika Cuba Lari Dari Polis
ArticlePublished 13 Jun 2016 1.53 AMUpdated 15 Aug 2026 7.26 PM