Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penyamun Dijerat Busut

Published: 19 Jun 2014 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua daripada tiga lelaki gagal meloloskan diri daripada pihak polis apabila lori yang digunakan untuk mengangkut besi pagar yang dicuri merempuh busut sebelum terbabas ke dalam parit di Gadek, Alor Ga..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyamun-dijerat-busut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:20 MYT

Dua daripada tiga lelaki gagal meloloskan diri daripada pihak polis apabila lori yang digunakan untuk mengangkut besi pagar yang dicuri merempuh busut sebelum terbabas ke dalam parit di Gadek, Alor Gajah, Melaka malam kelmarin.

Kedua-dua suspek yang berusia 17 dan 27 yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Alor Gajah manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata ketiga-tiga mereka sanggup meredah 100 kilometer semata-mata untuk mencuri besi pagar di beberapa kawasan kebun dan ladang di daerah itu.

Penyamun Dijerat Busut
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM