Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jsjn 2012
Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JSJN 2012
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
BUKIT
AMAN - 2 Disember 2013. Pada pagi ini, bertempat di Mes Pegawai Kanan
Bukit Aman, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik PDRM telah menyampaikan Sijil Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Tahun
2012.
Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 terdiri daripada Pegawai Kanan, anggota serta pegawai awam dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
"Ketua
adalah penentu kepada kejayaan organisasi, oleh itu setiap ketua
mestilah ada integriti, keikhlasan, kejujuran dan komitmen yang tinggi
ketika menerajui organisasi itu", ucap YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM.
Ketua-ketua
dan juga penyelia-penyelia mestilah mengamalkan budaya yang murni
supaya organisasi tersebut akan mendapat kejayaan yang cemerlang, tambah
beliau lagi.
Turut hadir dimajlis tersebut ialah YDH SAC
Jamaludin bin Kudin, Timbalan Pengarah (Perlucuthakan/Tahanan) JSJ
Narkotik serta Pegawai-pegawai Kanan JSJ Narkotik.
Antara yang hadir di Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Tahun 2012
Antara penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Tahun 2012
Penerima-penerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JSJ Narkotik 2012
Ucapan oleh YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Majlis pada pagi ini diakhiri dengan nyanyian lagu 'Polis Sedia Berkhidmat'
Penerima-penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Tahun 2012 bergambar kenangan...TAHNIAH