Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penutup Konvensyen Kik Peringkat Kdn Tahun 2016

Published: 03 Nov 2016 8.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Putrajaya, 3 November 2016 – Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2016 peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertema “Inovasi Menerusi Kolaborasi” telah melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutup di Auditorium Kompleks D, di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penutup-konvensyen-kik-peringkat-kdn-tahun-2016
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:49 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Doris Mayau


Putrajaya, 3 November 2016 – Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2016 peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertema “Inovasi Menerusi Kolaborasi” telah melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutup di Auditorium Kompleks D, di sini hari ini.


Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


KIK yang telah berlangsung bermula 10 hingga 13 Oktober lalu telah melibatkan 37 kumpulan dari pelbagai Agensi dan Jabatan di bawah KDN termasuk empat kumpulan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Majis penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang Gegantung KIK iaitu Kumpulan Duta dari Jabatan Pendaftaran negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kumpulan ‘The Dedo’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.


Johan bagi kategori pengurusan telah dinobatkan kepada Kumpulan ‘PQ Rangers’ dari Bahagian Kawalan Penerbitan Teks dan Al-Quran Putrajaya manakala johan bagi kategori teknikal jatuh kepada Kumpulan Merpati dari Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan.


Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Tuan Masir Kujat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, peserta konvensyen KIK dan rakan media.

_MG_2809

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2016 




ArticlePublished 03 Nov 2016 8.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM