Artikel
Penuntut Nigeria Ditahan Di Klia Cuba Seludup 3 5 Kg Syabu
SHAH ALAM, 6 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki rakyat Nigeria yang menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi swasta di ibu negara yang cuba men...
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Nordin Kadir berkata penuntut tahun dua yang tiba dengan penerbangan dari Doha, Qatar pada pukul 3.30 petang itu ditahan ketika hendak mengambil bagasinya.
"Hasil pemeriksaan fizikal pada beg pakaiannya, polis menemui hablur kelihatan seperti syabu dalam dua keping bekas empat segi yang dicat hitam yang diletakkan di sisi dalam beg itu," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.
Selain itu, polis turut menemui satu plastik berwarna perak berisi hablur disyaki syabu dalam beg penuntut berusia 32 tahun itu, katanya.
Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas itu seberat 3.5 kg dan ditaksir bernilai RM875,000.
Nordin berkata penuntut itu ditahan reman mulai hari ini sehingga 12 Jan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Ditanya sama ada lelaki itu mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan antarabangsa, Nordin berkata polis percaya dia hanyalah sebagai penghantar dan hasil siasatan awal mendapati lelaki itu diupah AS$2,500