Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Lori Treler

Published: 06 Oct 2015 9.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Nibong Tebal, 6 Okt- Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori treler yang menggelungsur dari tempat parkir di Jalan Tasek, Simpang Ampat di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penunggang-motosikal-maut-dilanggar-lori-treler
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:24 MYT

Nibong Tebal, 6 Okt- Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori treler yang menggelungsur dari tempat parkir di Jalan Tasek, Simpang Ampat di sini hari ini.

Tan Teng Cheong, 49, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata ketika kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, Tan dalam perjalanan ke tempat kerja di Permatang Tinggi.

"Treler yang diletak dalam kawasan stesen minyak yang dalam pembinaan itu mengundur dengan sendiri dan melanggar penghadang plastik di kawasan pembinaan itu sebelum menggelungsur ke jalan utama," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan lelaki berkenaan tersepit di bawah treler dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

Siasatan awal polis mendapati treler yang berkunci itu ditinggalkan di kawasan stesen minyak itu sejak tiga minggu lepas dan polis sedang mengesan pemilik dan pemandu lori treler itu, katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 06 Oct 2015 9.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM