Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penjenayah Tegar Antara Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.57 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.40 PM
Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa Polis Kontinjen Selangor telah memperoleh beberapa kejayaan hasil daripada kecekapa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-tegar-antara-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:36 MYT

Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa Polis Kontinjen Selangor telah memperoleh beberapa kejayaan hasil daripada kecekapan dan kesungguhan pasukan polis dalam membanteras jenayah.

Ini berikutan tertangkapnya empat suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita yang berasal dari Amerika Latin. Kesemua suspek berjaya ditahan di dua lokasi berasingan Selangor dan Kuala Lumpur. Siasatan awal mendapati kesemua mereka yang ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket pecah rumah dan dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Seksyen 8, Shah Alam baru-baru ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek berumur antara 26-44 tahun dan direman selama 14 hari. Polis juga merampas pelbagai peralatan pecah rumah serta barangan berharga yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.

Penjenayah Tegar Antara Ditahan
Penjenayah Tegar Antara Ditahan
Penjenayah Tegar Antara Ditahan
Penjenayah Tegar Antara Ditahan

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.57 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.40 PM