Ketua
Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam
sidang media hari ini memaklumkan bahawa Polis Kontinjen Selangor telah
memperoleh beberapa kejayaan hasil daripada kecekapan dan kesungguhan
pasukan polis dalam membanteras jenayah.
Ini
berikutan tertangkapnya empat suspek iaitu tiga lelaki dan seorang
wanita yang berasal dari Amerika Latin. Kesemua suspek berjaya ditahan
di dua lokasi berasingan Selangor dan Kuala Lumpur. Siasatan awal
mendapati kesemua mereka yang ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket
pecah rumah dan dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Seksyen 8,
Shah Alam baru-baru ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun
Keseksaan.
Kesemua
suspek berumur antara 26-44 tahun dan direman selama 14 hari. Polis
juga merampas pelbagai peralatan pecah rumah serta barangan berharga
yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.




Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Penjenayah Tegar Antara Ditahan
Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa Polis Kontinjen Selangor telah memperoleh beberapa kejayaan hasil daripada kecekapa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-tegar-antara-ditahan
Scan to view the latest live version.