Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penjenayah Paling Dikehendaki Di Tangkap Di Miri

Diterbitkan: 24 Jun 2018 12.25 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Miri, 24 Jun 2018 – Polis berjaya menahan seorang suspek lelaki tempatan yang paling dikehendaki kerana penglibatan dalam pelbagai kes jenayah di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-paling-dikehendaki-di-tangkap-di-miri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:21 MYT

Miri, 24 Jun 2018 – Polis berjaya menahan seorang suspek lelaki tempatan yang paling dikehendaki kerana penglibatan dalam pelbagai kes jenayah di sini.

Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, suspek berumur 30 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Jalan Taman Piasau pada 12.15 tengahari semalam bersama pelbagai barangan dipercayai daripada kes pecah rumah.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis yakin berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah serta curi kenderaan di bandaraya Miri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, selain kes pecah rumah serta curi kenderaan suspek juga dikehendaki untuk kes kesalahan berkaitan dadah dan ugutan jenayah.

“Suspek telah direman seminggu untuk membantu siasatan bagi mengesan rakan-rakannya yang masih bebas,” katanya sambil menambah antara barangan dirampas ialah Mykad, kad kredit, kad debit milik mangsa pecah rumah serta, peralatan yang digunakan untuk pecah rumah dan mencuri.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2018 12.25 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM