Penjenayah Masuk Longkang Elak Dari Polis 20150728
Seorang lelaki berusia 26 tahun yang enggan memberhentikan kenderaannya untuk diperiksa polis menerima padah setelah dia bersama kereta curinya jenis Honda Civic terbabas ke dalam longkang di Jalan Firma Kawasan Perindustrian Tebrau di Johor.
Suspek yang sebelum itu cuba memperlekehkah polis dengan memecut kenderaannya sehingga berlaku adegan kejar-mengejar selama lebih kurang 30 minit sebagai usaha terakhirnya melpaskan diri dari pihak berkuasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Supt. Beh Eng Lai berkata, ketika Berjaya ditahan, pihak polis menemui pistol tiruan yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat kerja-kerja jenayah, pelbagai peralatan pecah rumah, pelbagai jenis telefon bimbit disyaki dicuri dan bermacam jenis jam tangan.
Sumber: Berita Harian