Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penjenayah Geng Kancil Tumpas

Published: 21 Mar 2015 4.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kegiatan sekumpulan penjenayah yang giat melakukan pecah kereta dan samun di sekitar daerah ini akhirnya tumpas dengan penahanan enam lelaki Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-geng-kancil-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:18 MYT

KUALA SELANGOR, 21 Mac 2015: Kegiatan sekumpulan penjenayah yang giat melakukan pecah kereta dan samun di sekitar daerah ini akhirnya tumpas dengan penahanan enam lelaki Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Mohd Taib Ahmad berkata, suspek yang kesemuanya lelaki dan berumur antara 20 hingga 50 tahun diberkas selepas satu pasukan khas ditubuhkan ekoran peningkatan kes jenayah terbabit sejak Januari lalu. 

Mengulas lanjut, Mohd Taib memberitahu, kumpulan itu telah bergiat aktif sejak Januari lalu dan modus operandi mereka memecahkan cermin kereta sebelum mencuri barangan berharga. 

"Penahanan ini sekali gus menyelesaikan 10 kes pecah kereta dan satu kes samun kedai run-cit, bagaimanapun seorang lagi suspek yang telah dikenal pasti masih diburu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan 395 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini ditahan reman selama 11 hari" ujarnya. 

Sumber: Berita Harian

Penjenayah Geng Kancil Tumpas

ArticlePublished 21 Mar 2015 4.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM