Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penjenayah Ditangkap Lepas 4 Jam Dikejar 20150216

Published: 16 Feb 2015 1.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KOTA BHARU: Dua daripada empat ahli kuMpulan penyamun ditangkap dengan salah seorang daripada suspek itu cedera terkena tembakan polis dalam kejadian di Wakaf Mek Zainab di sini malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-ditangkap-lepas-4-jam-dikejar-20150216
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:42 MYT
KOTA BHARU: Dua daripada empat ahli kuMpulan penyamun ditangkap dengan salah seorang daripada suspek itu cedera terkena tembakan polis dalam kejadian di Wakaf Mek Zainab di sini malam kelmarin.

Sebelum kejadian pada pukul 10.30 malam itu, suspek berusia 28 tahun yang cedera pada paha kanan manakala rakannya yang berusia 39 tahun berjaya ditangkap polis setelah mereka dikejar sejauh kira-kira empat kilometer.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sebelum ditahan, sepasukan anggota polis mahu membuat intipan di sebuah rumah di Kampung Paya Purnama, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini berkaitan satu kes samun berkumpulan di Tumpat pada 10 Februari lalu.

Datuk Mazlan memberitahu, suspek yang cedera dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan manakala rakannya yang cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal turut ditangkap.

"Lelaki berusia 28 tahun itu merupakan orang yang dikehendaki berkaitan beberapa kes jenayah," kata beliau,

Kedua-kedua suspek itu direman selama tujuh hari bermula semalam untuk disiasat berkaitan kes-kes jenayah termasuk kes cubaan membunuh dan samun sebuah rumah banglo di di Kampung Dalam Rhu, Tumpat pada 10 Februari lalu.

Penjenayah Ditangkap Lepas 4 Jam Dikejar 20150216
Sumber: Kosmo
ArticlePublished 16 Feb 2015 1.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM