Shah
Alam, 9 Oktober - Ketua Polis Selangor Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd
Shukri b. Dahlan, mengulas berkaitan kes seorang penjawat awam yang
menyamar sebagai pegawai polis. Kejadian ini berlaku di sebuah hotel
yang terletak di Dengkil, Selangor di mana suspek telah mengugut untuk
menangkap dua lelaki warganegara Bangladesh yang merupakan pekerja hotel
tersebut.
Sepasukan
polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan
Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang sedang
menjalankan 'Ops Cantas Khas' di sekitar kawasan tersebut telah menahan
seorang lelaki lingkungan umur 36 tahun. Hasil pemeriksaan mendapati
lelaki tersebut memakai seutas rantai dengan loket tertera 'ASP IZANI'
serta beberapa peralatan seperti walkie-talkie, kad nama, beret logo
polis, pisau dan sepucuk pistol tiruan. Pihak polis juga masih
menjalankan siasatan samada suspek ada terlibat dengan lain-lain kes
jenayah. Semua peralatan yang ditemui dirampas. Suspek direman selama
tujuh hari bermula 05.10.2013. Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun
Keseksaan.
Selain
itu beliau memberitahu bahawa 'Ops Cantas Khas' yang dijalankan bermula
17 Ogos lalu telah menghasilkan banyak kejayaan khususnya di Selangor.
Sebanyak 2,259 orang telah ditangkap di atas pelbagai kesalahan jenayah
serta pelbagai jenis senjata, dadah, wang tunai dan peralatan pecah
rumah telah berjaya dirampas. Beliau juga memberitahu bahawa Polis
Diraja Malaysia akan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam
mencegah dan membanteras jenayah dalam memastikan masyarakat khususnya
di negeri Selangor menjalani kehidupan yang selamat dan sejahtera.



Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Penjawat Awam Menyamar Polis Ditahan
Shah Alam, 9 Oktober - Ketua Polis Selangor Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan, mengulas berkaitan kes seorang penjawat awam yang menyamar sebagai pegawai polis. Kejadian ini berlaku di s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjawat-awam-menyamar-polis-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.